Tuesday, 5 May 2026

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum Readerssss...

          Hari ni Cik Mainnie nak share satu resepi puding yang menjadi kegilaan ramai para wanita kat luar sana...Sebut jew PUDING KARAMEL semua orang tersenyum dan teringin nak mencuba buat sendiri..hehehe

       Kalau kita tengok dekat Facebook/ Instagram/ Tiktok/ Thread sejak akhir-akhir ni dah jadi satu menu yang paling hangat diperkatakan...sana sini ramai yang post pasal menu ni...ada yang kejadiannya OK, dan ada jugak kejadiannya yang KO...yang paling sadis sekali ada jugak yang hancur lebur bila diterbalikkan masa nak dihidangkan...ada jugak yang tak patah semangat siap cuba buat sampai jadi...hehehe..

         Jom Cik Mainnie nak share resepi Puding Karamel versi Cik Mainnie yang paling mudah di abad ini...hahaha

PUDING CARAMEL


                  BAHAN-BAHAN PUDING:

    • 2 tin susu cair
    • 5 biji telur
    • 3 sudu besar gula
    • sedikit Esen vanilla


BAHAN-BAHAN GULA HANGUS:

    • 1 1/2 cawan gula pasir
    • 1 cawan air 


CARA-CARA :-

    • Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. (Jangan sampai hangit)
    • Tutup api, masukkan gula ke dalam loyang dan biarkan sejuk
    • Panaskan susu bersama gula dengan api yg perlahan..(suam2 sahaja tauuu)
    • Kemudian pukul telur tetapi jangan sampai berbuih, kemudian masukkan esen vanila
    • Satukan susu & telur tadi..Kacau sehingga sebati. - Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus tadi..

(guna penapis supaya buih2 atau bahan2 yg tk sebati dapat diasingkan...gituuuuu)

    • Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
    • Bila sudah masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit...kemudian baru dikuarkan dan sejukkan. (kalau tk sabar, boleh jew masukkan dlm peti ais bg cepat sejuk..😅😂ðŸĪĢ)

~ SELAMAT MECUBA ðŸĪŠ~

 

💖Love To Cook, Love To Eat..💘




Sunday, 7 May 2023

Assalamualaikum..

Hi bertemu kembali =)

Apa yang korang fikir kalau sebut pasal CUTI….

Mungkin bagi sesetengah orang cuti bermaksud berjalan-jalan…Tapi bagi aku lain sikit…nak-nak pulak PKP ni…panjang la jawabnya…

“Cuti” bagi aku sesuatu yang amat berharga…Best kan cuti, dapat bangun lambat, golek-golek tak payah pergi office…tak payah hadap computer….cukup masa makan….hihi.  Untuk pengetahuan semua, aku seorang manusia yang memboringkan. Hahaha

Bukan setakat aku jew, dengan suami-suami perangai sama…hehehe We all kalau weekend tak pergi mana-mana pun…mengadap TV jurrr…tak pun aku pandang kau, kau pandang aku…hahahaha…

PIC

Dari takde anak, sampai la ada Alexander…perangai sama jurrr… malas nak keluar rumah, malas nak bergaul, malas nak pergi jalan-jalan. ..yang paling teruk sekali perangai kemalasan kami tu turun ke Alexander….dia pun sama tak suka berjalan…kalau pg mall lama sikit melalak bosan…hahahha

Jangan katakan nak pg berjalan, nak pg rumah adik beradik atau mertua yang sekangkang kera tu pun malas oiiii…teruk kannnnnnn….

Jadi sewaktu cuti biasanya we all terdampar kat rumah je bagaikan dugong sambal-sambil tengok si Alexander buat starman lompat sana lompat sini….hahahha

PIC

Kalau pergi Giant atau Tesco pun, pergi tempat yang nak beli barang jurrr…contoh kalau kata nak beli barang dapur, so  kitaorang pergi bahagian barang dapur jew…lepas beli terus start enjin balik rumah. …Gitu la rutin harian kami…hahaha

PIC

Kalau korang perasan, kat Facebook aku jarang ada gambar berjalan-jalan…takpun keluar lepak dengan kekawan….bukan apa, aku pon asyik kawan dengan orang yang sama  jew…*Hi bestfriends!.. sebab dah selesa kan, susah senang bersama. So malas nak fikir banyak… 

PIC

Dah nama dia RUMAH KU SYURGA KU….so duk rumah jew la…baru dapat aura syurga tu….hahahaha

Thank you for reading this entry !

-eND-

Smile With LOVE from :-



OBSES MENGUMPUL

Assalamualaikum Dunia Tipu-Tipu.....😅😅😅

Entri kali ni aku nak bercerita tentang OBSES..

Haa ni nk kongsi sikit.. Obses ni hahaha..sebenanye susah nak gambarkan apa tu obses..kite tak tau maksud obses tu yang lebih jelas..sooo tengoklah kat "Cik Google"..

Mesti ramai yang tahu apa itu obsess…betul tak????

Cik Google bagitau obses ni menganggu, sentiasa dalam fikiran, memusatkan perhatian...Cik Google kata la....

Haha..susahnyelaaa nak faham maksod yang tersirat obses ni.. Obses ni sebenarnya banyak cabang…Nak senang faham, ia lebih kepada sesorang yang terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa saja demi benda tu.... Kalau nak senang faham lagi, korang buat la maksud korang sendiri...hahaha...

Tapi Obses ni bagi aku macam satu penyakit sebenarnya… tak kira la positif atau negatif... Obses ni termasuk dalam skop mengagungkan, yakni kita mengagungkan sesuatu sehingga kita lupa akan sesuatu…macam aku lalui sekarang ....hahaha...😋😋

Percaya atau tidak, sebenarnya setiap orang ada obsess tersendiri….yang berbeza cuma jenis obsess…hehehe

Korang pernah tak rasa obses kat sesuatu?? Contohnye macam artis ke warna ke, atau apa apa jela..

Kalau tanya aku, ofcoz la ada...macam-macam jenis ada tauuu...😂😂😂

...AKU OBSES APA?????.....

Banyak tau...Nak tahu aku obsess apa???....Aku OBSES dengan KOLEKSI/ MENGUMPUL….hahaha

1.      STARBUCKS

2.     MAKEUP

3.     MINYAK WANGI

4.     TUDUNG

5.     NOVEL

6.      HANDBEG

7.     JAM

8.      BAJU HARD ROCK

9.      HEEL

10.      DUIT SYILING & DUIT KERTAS RM1

11.     COCA COLA

12.     FRIDGE MAGNET

Itu adalah antara koleksi yang ada bila penyakit obsess tu datang…hahaha

Hokeyyyy....Entri-entri seterusnya aku akan share satu persatu barang-barang yang aku ada...

Mohon korang semua jangan telan AYAQ LIUQ orang utara kata bila tengok 12 perkara di atas... ..hahaha


- eND - 

Smile With LOVE from :-


Terima kasih kerana singgah & membaca entri ini....



Thursday, 8 April 2021

SELAMAT HARI JADI BUAH HATI MAMA !

Alhamdulilah...30.3.2002-30.3.2021 genap umur kamu 19 tahun....

Dah besar anak mama.....makin besar makin kuat merajuk...hehehe...rasanya baru sahaja sambut birthday kamu tahun lepas...

Semoga dengan usia yang makin menigkat,  bertambah la pula rezeki, kesihatan dan umur yang bermanfaat. Bahagia selalu ya sayang! "

Mama dan ayah  mendoakan agar kelak kamu menjadi orang sukses dan mempunyai rasa tanggung jawab besar. Jadilah anak sholeh agar sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT."







-eND-

Smile With LOVE from :-


Monday, 8 March 2021

IT'S MY BIRTHDAY....OPPSSS ! 41 TAHUN KE?

Selamat hari lahir untuk diriku sendiri he he he, terima kasih Ya Allah kerja masih mmemberikan hambamu sekali lagi nikmat bernafas di muka bumi ini …

Ya Allah diumurku yang ke 41 tahun ini semoga engkau selalu memberikan aku kesihatan serta semoga engkau menjadikan aku orang yang paling baik dalam segala hal…Moga Allah selalu tetap memberikan aku kebahagiaan serta kehangatan yang sentiasa  menyatukan keluarga kami dan semoga engkau juga memberikan aku kekuatan pada diri ini  dalam menghadapi segala godaan dan cobaan dalam perkahwinan kami mahupun kehidupan ini…

Ya Allah, Ya Allah, …terima kasih sudah menambah umurku satu tahun lagi. Ntah, berapa umur nanti engkau berikan kepada hambamu ini, tapi yang aku mohon, berikan aku kesempatan untuk berbuat terbaik kepada semua orang..

Aku juga tahu Ya Allah, bertambahnya umur bererti berkurangnya usiaku, mudah – mudahan di usiaku yang masih tersisa ini, aku tetap bisa memberikan manfaat yang terbaik buat sesama..

Diusia aku yang sekarang ini, moga engkau ajari aku untuk selalu rendah hati dengan kepala tertunduk dan pimpinlah hidup aku di waktu yang akan datang. Dan aku pasrahkan setiap tarikan nafasku ini kepada-Mu, hanya kepada-Mu sekarang dan selamanya.

Saat ini aku bukanlah anak – anak, bukanlah juga remaja,.. aku telah dewasa. Oleh kerna itu, bimbinglah aku agar aku selalu dapat mengurangi dosa dan berikanlah aku selalu kekuatan untuk melawan kesalahan.

Ya Allah, semoga di umurku yang ke 41 tahun ini aku bisa meraih mimpi – mimpiku untuk membahagiaan kedua orang tuaku, suamiku serta orang-orang yang aku sayang….. Semoga di umur aku ini kebahagiaan selalu bersama aku.

Aku memang bukan seseorang yang sempurna. Tapi dihari yang special ini aku akan memulai lembar yang baru. Akau akan berusaha menjadi seseorang yang sempurna dihadapan Allah SWT… Mudah – mudahan di umur aku yang sekarang ini aku bisa menjadi pribadi yang lebih baik dan semoga diberikan selalu kesihatan, serta panjang usia dalam keberkahan. …Amin

Sekali lagi SELAMAT HARI LAHIR untuk diriku sendiri seperti tahun – tahun sebelumnya tanpa ada perayaan yang megah dan meriah…hanya sambutan bersama suami tersayang, adik-adik, family dan rakan-rakan kerja. Semuanya hanya ala kadar..

💘Terima kasih buat EMAK yang melahirkan aku…Terima kasih ABAH yang membesarkan aku dengan keringatmu serta terus mengajarkan aku bagaimana  untuk mempersiapkan diri untuk hari esok

💘Terima kasih buat SUAMI tercinta yang sentiasa ada  ketika susah & senang….yang penting sentiasa melayan kerenah isterimu ini….adakalanya aku terlalu berkasar, adakalanya aku terlalu menjengkelkan…tapi kamu sentiasa sabar dalam melayani aku…Love you till Jannah…..

💘Terima kasih buat ANAK-ANAK, BAKAL MENANTU  SERTA  ADIK LELAKI  yang buat surprise…love you all so much…

💘Terima kasih buat kesemua ahli KELUARGA yang sentiasa ada dan menjadi tulang belakang agar aku kuat menempuhi hari-hari yang mendatang…

💘Terima kasih  untuk TEMAN-TEMAN yang senantiasa selalu menemaniku dikala suka maupun duka…

💘Terima kasih juga buat YANG MEMBENCI diri ini….Aku sentiasa doakan kalian semua baik-baik aje….


Jom kita tengok calebration & hadiah-hadiah yang hakak dapat....hehehe


From My Lovely Husband....💘💘


Malam ada lagi...tetiba buat surprise masa dinner ....thanks tu my sister, Uni & adik ipar..



Masuk-masuk office jew dapat bunga dari My BFF - YATT....

Bukan tu jew...balik rumah pulak ada lagi surprise yang dia hantar kat rumah...huhhuhuhu....Sayang awok ketat-ketat oiiii...



Habis jew meeting kat office, aku belanja la diaorang semua makan...tak sangka lak my bos & cik Aida beli kek....si Aliya lak siap beli ballon bagai....huhuhuhu

Makan-makan jew hokeyyy...jangan risau we all jaga SOP....hehehe



Si Aliya punya kerja... sweet sangatttt



Kek from my bos....ehhhhh betul ke angka 41 tu...rasa macam terbalik jew...hahaha



Kek from Cik Aida....datang lambat katanya...so dia hantar by Lalamove....Allahu...tersentuh sangattttt...buat susah-susah jew...



Present from Dato Tahir & Family....



Bouquet Coklat from MS KELLY....siap ada teady bear lagi...hehehhe



Present from DATO MIC ....so nice...i like...3pasang sekali baju kurung bagi...harga boleh tangkap nangis oiiii...hehehehe



Kek and Cookis from my BFF - ROZIE



Flower and Kek from my old friends - ALIA & DILLA




Present from my BFF - NORIS.....

pepagi lagi dah call tanya kat mana...minta alamat rumah kekonon ke jejalan...sekali orang tekan bell naaaa.....ada present...

Thank you beb bagi kain Telekung siap Sejadah lagi ....muahhhhhhh



Present from my ADIK ANGKAT ...Aqilah....love you la...


Chesse Tart from my BFF - KAK KUNA....thank you....sedap sangattttt...


Dalam banyak-banyak hadiah ini adalah hadiah kedua yang paling bermakna bagi aku...Yang first ofcoz la present from my husband...hehehe

Hati ibu mama yang tak terharu bila dapat hadiah cam gini dari anak-anak sendiri....Allahu...sejuk perut mama mengandungkan korang...sanggup ajak bapak sedara (adik lelaki) korang share beli hadiah & bouquet duit ni....mama tak tahu nk cakap apa...mama sayang korang berdua dan semua anak-anak mama hingga hujung nyawa mama...



Adakalanya hati menjadi sayu tatkala menerima pelbagai ucapan, bunga,hadiah dan sebagainya,…Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga yang dapat aku ungkapkan pada kalian semua...


-eND-

Smile With LOVE from :-



Terima kasih kerana singgah & membaca entri ini



Alexander Turn's 3

Assalamualaikum Readersss...


Hari ni sis nak share pulak kisah Birthday Party my hero yang telah berlangsung 2 minggu lepas...tapi hari ni sis baru ada masa nak update...hehehe..

2 minggu sebelum majlis sis tempah baju untuk family pakai masa majlis..sama macam tahun lepas cuma tema jew yang berbeza.. Kalau tahun lepas tema Bob The Builder...tapi tahun ni Robotcar Poli...😂😂😂

Senarai dan saiz baju..😏😏

Selepas perbincangan, sis & husband pilih this design and colour..



Kalau ikutkan pemilihan yang petama kami pilih soft blue...tapi disebabkan colour tu takde stock, so terpaksalah ambil biru turquoise..boleh la dari takde..lagipun kitaorang tempah last minute..hihihi...


Bila dua-dua pihak dah setuju,...so printing timeeee..
👇👇👇


Baju siap 2 hari sebelum majlis...sebahagian daripada baju-baju yang ditempah..

tingggggg...cantik kannnn..
👇👇👇 


 

Macam biasa..kalau nak jemput, mesti la ada kad kannn...hehe..
Tapi tahun ni sis tak buat sendiri tapi sis tempah sekali dengan t-shirt yang kitaorang pakai masa majlis birthday party tu..

Harga sekeping kad ni lebih kurang RM 0.50 jur sekeping..(tanpa envelop tau)...👇👇👇




👈👈👈Comeyyy kan kad jemputan ni...tapi design kad ni adik ipar sis yang buat..sis just hantar print jurrrr...gituuuu...


Yang ni pulak banner...macam tahu lepas jugak..sis tempah dengan orang yang sama..design everything semua diaorang yang buatkan..sis cuma bayar jew..hehehe 👇👇👇
BANNER


Banner          : CETAK MALAYA
Lokasi          : Gombak
Saiz            : 6x6ft
Design          : (diaorang)
Cetakkan        : 3-5 hari
Harga           : RM50
Postage         : RM15

Total           : RM80


MENU-MENU YANG ADA..

Sama macam tahun lepas jugak..gituuuu...and disebabkan ramai yang PM/ Whatsapp sis tanya pasal makanan-makanan ni semua, so sis share sekali kat sini setiap harga dan jugak contact number diaorang...

CATERING...ofcoz dari orang yang sama..


Ini harga untuk 300 orang makan yewww...Bagi sesetengah orang harga
catering ni agak keras sikit..tapi bagi sis biasa-biasa jurrr...bukan sebab sis banyak duit ke apa tapi sis tengok dari cara tenaga kerja, kebersihan..yang penting makanan dia sedappp...hehehe



APAM BALIK ISTANA..

Untuk apam balik ni sis ambil package untuk 500 keping..harga dia jatuh 0.80sen sekeping..so harga apam balik termasuk duit minyak RM430.

ICE-CREAM & CENDOL..


WANIKA ICE-CREAM 
Ice-Cream, sis ambil PAKEJ EKONOMI 1..harga macam yang korang nampak tu la ...RM480..👇👇👇

CENDOL ABC MESRA KATERING..
Cendol sis order cendol biasa jurrr..tapi tak ingat order untuk berapa orang..yang sis ingat total dia RM850 termasuk cas transpot...hehehe
👇👇👇

KUIH MUIH

Kuih-kuih ni semua sis order dengan BFF sis..kalau you all nk order, boleh cari FB: Ezrin Hazila atau IG :azie_azmi_bakery..

sis jamin 100% sedah...hehehehe



KAMBING GOLEK
👇👇👇
Yang ni pun dengan BFF sis jugak..boleh cari dekat FB ataupun IG dia..
FB : Wan Roslida
IG : wan_lieda



Haaaaa...yang ni special sikit..LEMANG WARISAN ZAIMI FAMILY's...haha

Sebenarnya lemang ni abah sis yang buat sendiri..bakar di Pahang then hantar ke Shah Alam...khas buat cucu dia..tapi kalau sesiapa nak order boleh jurrrr...hihihi..

Untuk kali ni abah buat LEMANG TEPUNG...pernah dengarrr??..mesti tak pernah kan..kan..hehehe...alaaa kalau sekali tengok macam kuih kaswi..rasa pun lebih kurang jurrr..cuma kalau lemang ni dia keras sikit..sebab tu we all panggil lemang tepung..orang lain tak tahu la panggil apa..hehehe
👇👇👇


KEK

Jom kita tengok kek pulak..Yang nyata tahun ni kek takde orang sponser, so sis sponser anak sendiri jur la..hahaha..

Hokey...kek tahun ni kebabom sikit..harga dia tak boleh bawak bincang..hahaha..tu baru harga belum berat dia lagi...hahaha

Mengikut kata owner kedai kek ni, berat kek ni dalam 30 kilo lebih...jeng..jeng...jangan tak percaya tau...hahaha..


Untuk kek tahun ni sis ambil yang fully fondant..Harga???..jeng..jeng.. separuh dari gaji sis tau...RM2,800...😂😂..Tapi sis jamin 100% tak menyesal kalau sesiapa yang order..bukan jew cantik & sedap tapi 100% design dia buat ikut apa yang kita nak..gituuu..

Untuk sesiapa yang teringin nak order kek yang super duper cantik & sedap ni boleh tengok FB or IG dia..kalau nak nombor telefon dia, boleh PM sis...hihi...

FB Personal - Ilyana Isa
FB - Sister's Cakery
IG - ilyana_isa 

Sumpah sis tak tipu..cantik gila...hehehe
👇👇👇