Sunday, 9 August 2020

HILANGKAN SENGGUGUT TERUK

Salam dan selamat sejahtera untuk semua Readerss yang dikasihi..💓💓💓

Pernah tak anda mengalami sakit perut yang teruk / senggugut ketika hampir datang bulan ? Jika ya, anda disarankan membaca artikel ini ” Wanita Yang Senggugut Teruk Harus Cuba Jamu Berkhasiat Ini “. Jamu kunyit ini sangat elok untuk kita amalkan . Jangan risau , jamu kunyit ini boleh disimpan selama 2 minggu di dalam peti ais. Dinasihatkan mengamalkan secawan jamu kunyit setiap 2 hari sekali.Jom tengok.

Kebaikkan jamu kunyit untuk para wanita adalah  semestinya tertumpu kepada dalaman dan luaran tubuh badan sendiri. 

Apa kebaikkan lain ?....Kami senaraikan sedikit sahaja yang sangat-sangat bagus untuk kita.

👉-melancarkan period

👉-membuang angin yang menjadi punca perut buncit

👉-mengempiskan  perut

👉-mengecutkan rahim selepas bersalin

👉-membuang darah kotar

👉-melancarkan peredaran darah


Jom kita belajar cara membuat jamu kunyit ni...


CARA MEMBUAT JAMU KUNYIT

 Di dalam periuk yang dipanaskan dengan api sederhana

- masukkan 2 cawan air

- 2 sudu besar asam jawa

- satu sudu besar madu,

- 1 cm halia yang dihiris kecil

- 5 cm kunyit yang dihiris kecil.

**** Rebus selama 30-40 minit pada api sederhana.

**** Apabila siap, tapis dan minum ketika suam/sejuk.

 

Memang sangat bagus pada kesihatan jika di amalkan. Jangan bimbang, jamu ini boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan sehingga dua minggu.


SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA 

 #copyandpastejurrrrrr...😜😜


~ TERIMA KASIH KERANA MELAWAI BLOG  INI ~

 

No comments:

Post a Comment