Showing posts with label Misi Pencarian. Show all posts
Showing posts with label Misi Pencarian. Show all posts

Wednesday, 30 October 2019

MISI MENCARI LAMPU

Assalamualaikum..

Kali ni cerita pasal Misi Mencari Lampu..misi ni agak rumit la sb en Suami dia seorang yang cerewet sikit…pendapat en Suami dgn sis tersangat la berbeza…huhu…

Di sebabkan kitaorang ada baby yang terlalu hyper, so kitorang decide untuk  beli dekat satu tempat je semua. Dekat sini semua ada..kedai pun 3 tingkat… so tak payah nak susah-susah pergi banyak-banyak kedai….sediakan duit jurrrr… hahahahha. Sis dengan en. Suami memang jenis macam tu. Ada orang akan beli lain-lain tempat ikut desire design masing-masing. Tapi kitorang tak berapa nak rajin + dekat ONE LIVING Puchong ni MURAH GILE dan ada macam-macam pilihan.

Sis pernah ushar-ushar dekat kedai-kedai lampu area Kota Damansara dengan Shah Alam..mak aiiii harga tangkap nangis..hahahahahaha. Kalau kat sini, lampu RM500.00 dah level-level ruma Aliff Syukri dah. Kat sini lampu kepada segala Tok Nenek Lampu dan segala 7 keturunan dia semuaaaaaa ada.  Dulu kalau sebut pasal lampu, sis tau lampu Kalimantan dengan spotlight jurrrr.  Tapi sekarang lepas pergi kedai lampu, sis dah eksyen sikit sebab ada extra knowledge pasal lampu… tanya jurr lampu apa, semua sis tahu…gituuuuu

Jom tengok lampu-lampu yang ada kat kedai ni…

Teka berapa harga lampu ni? Mesti korang teka mahal kan? Harga asal RM171.00 jurrr… After diskaun, RM150 sahaja hokeyyyyyy…

 

Style lampu ni…tapi macam kat reban ayam pulok…hehehehe…
Kalau buat dapur konsep urban and hipster boleh la guna lampu ni. 

πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆLampu ni 100% macam lampu reban ayam or bekas makanan ayam or burung…huhu


En Suami suka design ni.. Tapi mengenangkan sis pernah tengok dalam kedai mamak area Seksyen 7 pakai, so sis cancel...terus jadi tak smart.. hahaha. πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰

πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Ni pun cantik…simple jew..

Yang hitam ni smart... Imagine rumah jenis dinding batu-bata letak lampu macam ni. Perrrghhh memang smart! πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰

Yang ni nampak moden sikit…kalua ower jenis skema-skema sikit ok la kot…tapi klu jenins kepala gile mcm sis ni agak kurang sikit la…huhuhu

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Yang ni pulak jenis klasik..kalau rumah yang pakai perabot jati, ok la kot..harga takde la mahal mana pun kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain..

 

Yang ni super duper cantik..tapi biasanya orang have-have jew yang pakai lampu cam gini..combine pulak dengan perabot yang agak antik..tak pun yang ala-ala Dato Aliff…gituuuu


       



πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆYang ni cantik jugak la...nampak simple jew..tapi tak berapa sesuai dengan konsep rumah sis.



Ni harga dia RM687…tapi boleh kurang lagi le πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰


πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Ni pon cantik jugak ni. Sesuai untuk rumah modern concept.
Boleh macth dengan kerusi jenis kayu tak cat ala-ala hitam cam gini..


yang style tapi lain macam pulak…dah macam binatang laut yang duri tajam-tajam tu..apa tah kebenda namanya…huhu. πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰
 


Yang ni memng cantik sampai tak terkata…bak kata orang tua-tua "meleleh air liur"..hahahha
Tapi dalam hati kata kalau letak dekat tangga ni perhhhhhh…cantik gila u ollssss…Tapi harga dia sis rasa nak nangis tepi bucu katil…huhu


 

Emmmmmm….malas nak cakap apa…hokeyyyy …NEXT…


Hamboiiiii…seronok bagi nama dekat lampu kannnn…sorry le owner kedai, sis gurau-gurau jew…Anyway, design-design kat sini semua cantic-cantik…harga pun terlajak murah…rasa nak beli semua..hahaha 
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Hokeyyyy…sekarang kita cerita lampu yang we all pilih pulok…hehehe


Lampu untuk GARAJ KERETA


Ini yang en Suami pilih untuk RUANGTAMU…dah macam dalam cerita Harry Porter pulak kannnnn…apa pun lampu ni memang super duper smart…Harga???...jangan tanya la..sis rasa boleh boleh gelang sajat satu..



Ini pulak untuk ISLAND TABLE πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰



πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Ini untuk LALUAN NAIK TANGGA

 Lampu untuk HALL ATAS

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Yang ni is DOWN LIGHT. We all pasang  satu rumah. 


Ni pulak EYE BALL..yang ni kitorang letak dekat area kitchen cabinet... bak kata en. Suami, Eye Ball guna untuk tembak ke kitchen cabinet...baru nampak cantik katanya... Hahahahaha.






πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Ni lampu bilik my princess...nak purple katanya..so sis pilih le yang ada colour purple-purple sikit..hehhe



Ni lampu tidur bilik sis...hehehe...lampu atas belum beli..tapi kita beli lampu tidur dulu...hahahaha...cantik kannnn... πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰

Hokeyyyy...sis share sampai kat sini jew dulu..kita sambung lagi untuk PART 2...bagi sis buat kerja dulu..kang tek memasal kena baling file dengan En Bos...πŸ˜‚πŸ˜‚

Sis share alamat kedai lampu untuk memudahkan sesiapa yang teringin nak beli lampu mur...mur...hehehe


Ni kedai dia....pandai-pandai you all waze sendiri...hahaha




ONE LIVING SDN BHD
K3, K4, K5, Batu 7 1/2, Jalan TK1/11a,
Taman Kinrara Seksyen 1,
47100 Puchong, Selangor.

Phone : 03-8070 6811


Operation Hours :

Open Everyday 
Tueday - Saturday (10am - 9.30pm),
Sunday (10am - 9pm)

-eNd-

Idea & Penulisan Asal πŸ’“πŸ’“πŸ’“



Sunday, 20 October 2019

MISI MENCARI SINKI/ BASIN

Assalamualaikum...

Hari ni sis nak bercerita pula pasal Sinki/ Basin..

Sejujurnya..kiteorang tak banyak sangat masa nak pergi mencari satu kedai ke satu kedai..Disebabkan tak banyak masa, tambah-tambah pulak ada anak kecil yang sedang hyper,so kitaorang pendekkan cerita main "google" jurrrr..bukan apa takut nanti bukan  letih mencari tapi letih mengejar anak..hahahaha..Sebenarnya faktor paling utama sebab ada penyakit M. A.L.A.S….hehehehe..πŸ˜†πŸ˜…

Lepas berminggu-minggu berbincang, google sana google sini, akhirnya kiteorang decide pegi BIG BATCH BATHROOM & KITCHEN SPECIALIST dekat Puchong..Itupun adik ipar sis yang suggest..orang kata dekat Puchong ni semua benda ada..nak dengan tak nak jew..janji ada RM…gituuuuu….

kire ok juga lah kat sini.. banyak pilihan ..tapi harga tak payah cerita la…tangkap nangis..huhu




I show to you all the best sale girl ni nama dia Miss Pauline..I like this girl because she is very humble, cool and always smile..rajin layan pelanggan...tanya jew apa semua dia akan jawab..rasanya 4 jam juga la kitaorang dalam kedai tu...hehehe. πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰




Actually , kitaorang nak cari sinki/ basin untuk diletakkan di antara ruangtamu tengah ke laluan dapur..(macam dalam pic sebelah ni).. πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰

Kalau boleh nak cari yang cantik dan lain yang lain…Niat hati nak cari yang kaca atau pun yang ala-ala seramik..tapi takde pulak kat sini..


πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ First masuk jew kedai ni, dari jauh lagi sis dah nampak this colour...BLUE..πŸ‘„πŸ‘„






πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Jatuh cinta terus..tapi malangnya en. Suami REJECT…huhuhu…


So bermulalah pencarian kami...
Banyak sangat pilihan…tengok harga pun sampai tak terkata-kata..


 

Yang ni harga di RM3224…sinki sahaja tau tak termasuk Tap pipe air…huhuhu



HARGA???? 

haaa cer teka?  πŸ˜…πŸ˜…
Yang 2 ni harga dia berbelas ribu oiiiii…rasa kalau basuh tangan boleh  jadi wangi agaknya…hahahaha…Acuatlly…dua-dua sinki ni import dari luar..sebab tu harga dia mahal..



Yang ni pulak, harga dia biasa-biasa jurrr..tapi design dia lebih kurang macam dalam bilik air master bedroom sis..
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Accuatlly, kat sini takde design yang macam sis nak..tapi disebabkan en Suami macam bersungguh-sungguh tanya itu, tanya ini..so sis layankan jew la…

Walaupun banyak design yang ala-ala hotel, tapi impress jugak la sebab banyak pilihan... harga jew yang tak berapa nak menarik..huhhuh..

Antara design-design yang ada dekat sini..

 









πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Acuatlly…ini adalah pilihan pertama en. Suami..tapi sis REJECT… tak cantik langsung…hahhaha




πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆ Then..kitaorang pilih yang ni…tapi 10 kali fikir nak ke tak…hahaha



Tapi selepas pusing sana, pusing sini..tengok sana, tengok sini, kitaorang masih tak boleh nak buat pilihan…sel-sel otak tak berhubung dengan baik…hahaha…So, we all duduk berbincang seketika sambal minum-minum…siap hidang air hokeyyyyyy…



Akhirnya,…dengan confident en. Suami kata dia pilih yang ini...simple..katanya la.. tapi sis tengok harga dia tak berapa nak simple pun…hahaha

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

  

Walaupon biasa-biasa jurrrr tapi masih ok lah..takde la nampak pelik-pelik sangat..
Yang ni harga dia RM2,588..tak termasuk Tap pipe air hokeyyyy…kalau harga completed :-

So untuk Tap pipe air sis pilih yang ni pulak harga dia RM668

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Lepas dah confirm pilih Basin, so time to cari paip sinki dapur pulak…kitaorang decide cari kat sini jew memandangkan kat luar dah gelap nak hujan…

Banyak jugak la pilihan yang ada..








πŸ‘ˆπŸ‘ˆπŸ‘ˆSis jatuh hati dengan yang Gold ni… simple..tapi cantik…memikat oiiiii…ala-ala dapur orang puteh…gituuuu..harga dia tak mahal pun dalam RM290 jurrrrr…



Bila dah duduk dalam ni lelama, macam biasa le…ada jew benda yang nak beli…nak itu, nak ini…hehehe…

Dipendekkan cerita, terrrrr beli la ….terrrrrr tauuuuu… bukan sengaja…hahaha

 

 

terrrrrr tauuuuu…bukan sengaja…hahaha

So, senarai barang dan harga yang kitaorang beli kat sini

Pillar Sink Mixer      RM290
Soap Dispenser         RM 78
Soap Dish Holder       RM48
Robe Hook              RM50
Glass Shelf            RM120
Towel Ring             RM80                   
Basin Cabinet With Marble Top RM2,588
Above Counter Basin Mixer RM668
Basin Waste            RM40
PVC Bottle Trap        RM8

TOTAL  : RM3,970


Hokeyyy...tu jer tuk kali ni..settle part Basin, tap pipe untuk sinki kat dapur...termasuklah benda-benda yang terrrrr beli …haha

INFO :-


Pada mereka-mereka yang sedang mencari sinki/ basin, we all syorkan cari dekat sini..banyak diskaun tau...hehehe..Sure tak rugi..

Bagi memudahkan you all kalau nak cari kedai ni, sis share alamatnya dekat sini...

BIG BATH SDN BHD
No. 12, Jalan Puteri 1/2,
Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.


Tel : 03-8060 1566/ 03-8060 1577

Next kita sambung bab MISI MENCARI LAMPU lak

-eND-


       Idea & Penulisan Asal πŸ’“πŸ’“πŸ’“