**entri ni da tulis lama,tapi baru rasa nak post... hahaha.. sebab apa?? sebab rasa mcm byk je idea nk tulis pasal mak..sehinggakan tak tertulis banyaknya.. hehehe
********************************************************
Mak,...
Selamat hari lahir yang ke 65.. Anik (panggilan Cik Mainnie dlm keluarga) doakan semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak.. Semoga segalanya yang terbaik untuk mak baik didunia mahupun akhirat..
Mak,..
Sesungguhnya Anik sayang mak sangat sangat-sangat.. Tiada insan yang Anik ingin menjaga hati dan berbakti melebihi mak. Maklah ibu yang terbaik dalam dunia ni. Ibu yang amat memahami perasaan Anik. Anik tahu, Anik banyak melukakan hati mak sebelum-sebelum ni. Maafkan Anik yew mak.
Mak,..
4 5 tahun yang lepas, walaupun mak sedih dengan pemergian abang, tapi mak tak pernah abaikan kami walaupun kami tahu mak lebih sayangkan arwah abang. Mak memang tabah dan kuat.
Mak,..
Dulu mak pernah bagitahu…Mak akan selalu menangis bila tengok kami berjaya..bukan menangis sebab sedih tapi sebab terlalu gembira… Oh mak.. I'm so touch..Anik tahu mak sayang sangat semua anak2 .. Mak juga sedih bila waktu malam akad nikah Anik...Anik nampak airmata mak jatuh dan mak cecepat kesat dengan hujung lengan baju . ..Tapi jodoh kami tak panjang… dan sekali lagi Anik tahu air mata mak jatuh…. Maafkan Anik mak..
Mak,..
Terlalu banyak jasa mak waktu kecil sehingga kini yang tak terhitung banyaknya.. terlalu banyak sehingga tak terkata.. Every single things yang berlaku kat Anik, semua mak tahu walaupun Anik tak cerita.. naluri ibu katakan.. Kalau dulu, Anik la orang yang paling kuat memberontak dan selalu bergaduh dengan mak…
Ingat lagi masa Anik sarat mengandung Arissa… Anik gaduh dengan mak sampai Anik nak bunuh diri…semua gara-gara Anik cemburu pada layanan mak pada adik-adik yang lain…yang paling Anik tak boleh lupa bila abah tampar mak sebab mak tak boleh nak kawal kemarahan…hurmmm…YA ALLAH BERDOSANYA ANIK PADA MAK…Tapi bila Anik dah lahirkan Arissa, baru Anik faham perasaan seorang ibu… biarpun Anik suka memberontak, tapi mak tetap layan dan sayangkan Anik tanpa membezakan dengan anak-anak yang lain… MAAFKAN ANIK MAK….Maklah ibu dan juga teman terapat Anik dari kecil hingga sekarang dan insyaAllah selamanya.. terima kasih mak.. I LOVE YOU SO MUCH..
Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan aku peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu.. Terima kasih YA ALLAH kerana aku mempunya ibu bapa yang sangat baik..
Akhir sekali, Selamat Hari Lahir buat MaK yang tercinta pada 1 November yang lalu …Maklah ibu yang terbaik di dunia.. Sayang mak..



No comments:
Post a Comment