Thursday, 17 October 2019

PLASTER CEILING RENOVATION - [PART 1]

As Salam, Salam Sejahtera

PLASTER CEILING & CORNICE

Kita sambung sembang pasal ubahsuai rumah baru.

Hari ni sis nak up pasal Plaster Ceiling
Sepatutnya sebelum masuk rumah baru ofcoz la kena buat plaster ceiling & wirering tambahan...tapi sis tak menyabor nak pasang kitchen cabinet…teruja sangat oiiii…hahaha.

Banyak juga la yang kami contact tanya harga..boleh tahan mahalnya..lagipun rumah Semi-D..ofcoz la harga menangis…huhuhu..

Tapi dalam banyak-banyak kontraktor yang kami cari,… PLASTER CEILING RENOVATION  adalah yang paling murah sekali..then diaorang ambil masa seminggu sahaja untuk siapkan.  Acuatlly, kami dapat pun dari Facebook..”

Disebabkan masa terlalu singkat, di tambah pulak dengan perangai “MALAS”, so we all try whatsapp tanya-tanya then terus set date untuk Site Visit.

Lepas dapat quotation, sis menung sana menung sini..kira sana kira sini then husband decide untuk ambik PLASTER CEILING RENOVATION
sebagai kontraktor untuk menyiapkan plaster ceiling dan buat wirering tambahan.

Kontraktor yang terlibat adalah Kak Eilla Bella, Pakrudin Abdullah atau kami panggil Pak Din, anak sedara Kak Eilla dan 2 lagi pekerjanya.

Kalau nak ikutkan banyak gila design yang cantik-cantik…naik juling mana tengok skrin phone pilih design..last-last we all pilih design yang biasa-biasa jurrr… Kami buat plaster ceiling untuk ruang tamu utama sehingga ke dapur..Kos untuk Plaster Ceiling sahaja adalah RM4200…agak berbaloi la sebab rumah Semi-D..

Sebelum Plaster Ceiling

Gambaran Asal sebelum procees plaster ceiling.


Kerja-kerja pembuatan kekuda/ tangga…kekuda sangattttt…hehe


Semasa kerja-kerja pemasangan plaster ceiling ini, sis serahkan sepenuhnya pada mereka..sis dan suami kerja katakan...yang selalu ada adik ipar sis..dia la yang jadi Big Bos untuk jenguk progress-progress ni semua.. Bukan tak percaya pada kontraktor, tapi adakalanya tuan rumah pun kena la ada jugak sekali sekala..mana la tahu kot-kot diaorang nak tanya itu ini...hehehe


In Progress

👈👈👈 Kerja-keja awal pemasangan plaster ceiling. Kerangka besi dipasang. Pada masa yang sama kerja2 wirering turut dijalankan serentak.




Done !! Kerangka Besi..



👈👈👈 Kerangka besi siap sepenuhnya dinaikan. 




👈👈👈 process penyediaan wayer-wayer yang telah sedia ada ataupun tambahan.

 ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ Masa untuk naikan ceiling apabila kerangka besi siap sepenuhnya.
👈👈👈  Tutup jangan tak tutup..hihi




Done !!


Settle bab plaster ceiling..tinggal nak cat sahaja..so, kita ke next part pulak…


Bila dah siap plaster, tetiba en Suami nak Cornice pulakkkk…kosong katanya…

So bermula pulak espisod cornice…Untuk pemasangan Cornies harga dia RM1200

Pemilihan CORNICE


Untuk Cornice ni, en Suami pilih C270 👇👇👇


Pemasangan CORNICE




Gitu le ceritanyaaaaa...


sis up sikit jew dulu…nanti sis up pic penuh bila dah siap...jumpa lagi di next part..hehehe

-eND-


Idea & Penulisan Asal 💓💓💓




No comments:

Post a Comment