Friday, 23 October 2020

CRISPY SPICY PRAWN

Assalamualikum & Salam Sejahtera...

Hari ini Cik Mainnie nak kongsikan cara menyediakan Crispy Spicy Prawn yang sangat mudah dan rasanya yang super duper sedap. Menu ni sebenarnya jarang ada dekat gerai-gerai atau restoran-restoran kecil…Crispy Spicy Prawn ni selalunya famous di restotan-restoran cina atau restoran-restoran yang hanya menyediakan menu yang berasaskan seafood sahaja. Kalau ada pun harganya sangat mahal sebab udang yang digunakan kebiasaanya bersaiz L…gituuuuu….

Jom Cik Mainnie kongsi resepinya…

Menu : CRISPY SPICY PRAWN


BAHAN-BAHAN:-

- 300 gram Udang (Saiz L)
- 1 labu Bawang Putih
- 1 biji Bawang Besar
- 1 biji Bawang Holland
- 1 tsp Black Pepper
- 1 tsp Lada Sulah
- 1 tsp Chili Powder
- Sedikit Cili Padi
- Sedikit Garam
- Sedikit Kacang Buncis

CARA-CARA MEMASAK :-

1. Goreng Udang sehingga warna kekuningan & garing…(jangan over cook)

-MAAF CIK MAINNIE TER "DELETE" PIC UDANG 😁-

 

2. Tumis Bawang Putih hingga sedikit garing

    👇👇👇


3. Masukkan Bawang Merah…tumis hingga naik bau

    👇👇👇


4. Masukkan pula Bawang Holland.. kacau sekejap

      👇👇👇



5. Masukkan Kacang Buncis…

      👇👇👇


6. Kemudian masukkan Cili Padi, Black Pepper, Lada Sulah, Chili Powder dan Garam

         👇👇👇


7. Akhir sekali masukkan udang yang telah di goreng garing tadi..

         👇👇👇


 8. Kacau hingga semuanya sebati (kacau 2-3 minit)

Siapppp...


**** SELAMAT MENCUBA ***


💘 Love To Cook, Love To Eat 💘

BY

 

No comments:

Post a Comment