Assalamualaikum Readerssss....
Dah lama rasanya Cik Mainnie tak menconteng kat blog ni...hehe..
Alhamdulilah, hari ni genap kandungan Cik Mainnie 8 minggu...Jantung baby pun dan nampak...hehehe... Disebabkan Cik Mainnie share berita gembira ni dekat sini, so Cik Mainnie nk bercerita/ kongsi sekali mengenai kehamilan dan amalan-amalannya...Ini pun Cik Mainnie share dari page apatah....Sharing Is Caring kannnnnn....hehehehe..
----------------------------------------------------------------------------------
AMALAN IBU MENGANDUNG
Bagi sesetengah wanita yang baru mengalami kehamilan pertama, pasti ada yang tertanya-tanya apakah dan bagimanakah amalan bagi ibu-ibu mengandung yang perlu diamalkam...Amalan ini bukan sahaja untuk mereka yang pertama kali mengandung, malah untuk mama-mama yang hamil kali kedua atau ketiga pun masih boleh amalkan...
Jadi, Cik Mainnie nak share dengan semua bakal-bakal mama dan juga mama-mama yang ada tentang alaman sepanjang tempoh kehamilan.
Semasa dalam tempoh kehamilan, banyak perkara yang kita perlu beri perhatian. Tak kisah dari segi aspek fizikal mahupun mental, malah dari sudut rohani juga.
Amalan-amalan ini bukan hanya untuk kebaikan wanita hamil je, tapi untuk bayi di dalam rahim juga...
8 AMALAN IBU MENGANDUNG YANG PERLU DIAMALKAN
#1 - SOLAT DAN BERDOA
Kalau mama dah terbiasa solat lewat sikit, haaa inilah masanya untuk mama-mama solat sebaik je masuk waktu. Di samping solat lima waktu, kita juga boleh mula mengamalkan solat-solat sunat seperti solat hajat; bagi memohon agar kesihatan kita serta bayi yang bakal dilahirkan baik-baik aje...
Suami juga digalakkan untuk menunaikan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Selain itu, perbanyakkan doa dan berzikir sewaktu masa lapang..Sambil-sambil menonton TV atau mengemas rumah, lazimilah memuji kebesaran Allah SWT.
#2 - KOMUNIKASI DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Perasan tak sejak hamil mesti kita ada cakap-cakap sambil usap-usap perut kita kan??..
Haaa.. kali ini, jom kita praktikkkan dengan lebih kerap. Langkah ini dapat mengeratkan lagi hubungan mama dengan bayi di dalam rahim...
Kajian mengatakan, "communication is the key", jadi selalulah berbual dengan bayi dalam kandungan..Ucapkan kata-kata yang baik dan positif kerana secara tak langsung si comel akan terkesan dengan ucapan tersebut. Bukan mama jew, papa pun kena selalu berbual dengan anak tau !...
Selain topik harian, mama papa boleh bacakan kisah-kisah nabi kepada anak dalam kandungan..Walaupun mereka masih dalam kandungan, namun mereka boleh mendengar dengan baik..
#3 - SENAMAN RINGAN
Bagi memudahkan proses bersalin, mama boleh amalkan senaman ringan seperti membuat kerja-kerja rumah yang ringan. Namun harus diingatkan, jangan terlalu aktif melalukan kerja-kerja rumah terutamanya semasa 1 Trimester kerana ianya akan memberi kesan kepada kandungan kita.
Selain itu, mama-mama juga boleh mengamalkan senaman khusus bagi wanita hamil yang boleh kita rujuk di Youtube atau Miss Google..Tapi pastikan senaman itu dirujuk dengan pakar kesihatan terlebih dahulu kerana kita tak nak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk pengetahuan, mama-mama juga boleh "swimming" ketika mengandung...Ianya bukan sahaja baik untuk hati dan melegakan sakit belakang, malah berenang juga dapat menyokong sendi-sendi kerana ianya satu aktiviti ringan dan tidak mendatangkan mudarat kepada anda dan juga ka ndungan.. Ianya juga boleh memudahkan kita untuk bersalin ...
#4 - KESIHATAN MENTAL
Dalam tempoh kehamilan, ibu mengandung seringkali dikaitkan dengan emosi yang kurang stabil dan tidak menentu.. Yelah, hormon tengah berubah...begitu jyga dengan bentuk badan...so emosi memang terganggulah....
Ini semua normal...tapi kita jangan ambil mudah...pastikan keadaan emosi sentiasa tenang dan elakkan stress....Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada si ibu, malah ianya jygamembawa aura negatif kepada bayi dalam kandungan..
#5 - ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kesefahaman antara suami isteri dalam rumahtangga itu perlu.. Si suami hendaklah lebih memahami si isteri ketika si isteri tengan berbadan dua...
Elakkan perkara yang boleh membuatkan si isteri runsing dan sedih...kerana emosi mereka mudah terusik...Sebagai bakal bapa kepada si manja, kita hendaklah sama-sama berdoa kepada Allag SWT dan beramal soleh agar dikurniakan zuriat yang baik dan sihat. Selain itu, suami isteri digalakkan menghadiri majlis-majlis ilmu bersama pasangan.
Saling menjaga adab dan emosi antara satu sama lain juga antara perkara yang perlu dititikberatkan. Ia dilihat remeh namun kadangkala hal ini lah yang boleh menggugat hubungan suami isteri apatah lagi saat si isteri sedang hamil kerana dia sangat "fragile"..
#6 - MAKAN MAKANAN YANG SIHAT
Amalkan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja dalam tempoh kehamilan malah juga selepas bersalin...Sewaktu menjalani tempoh berpantang, pastikan mama-mama semua ambil tahu tentang jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Dapatkan nasihat daripada mak-mak kita atau mereka yang lebih berpengalaman kerana lain orang lain caranya.
Sewaktu hamil, mama-mama jangan pula mengidam makanan yang bukan-bukan...hehehe..
#7 - TAMBAH ILMU TENTANG PETUA-PETUA BERSALIN
Penuhi masa terluang dengan membaca tentang petua-petua bersalin dengan mudah..Membaca buku, artikel dan sumber-sumber yang berkaitan proses bersalin keranaya ianya dapat menambah ilmu dan menyiapkan diri kita juga sebenarnya.
Tak kiralah buku yang berbentuk fizikal mahupun e-books, selagi ianya adalah sumber yang boleh dipercayai ...maka ambilah input-input yang berguna untuk kegunaan masa depan.
Selain membaca buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin, mama-mama juga boleh membaca ilmiah seperti sirah para Nabi dan Anbiyaa' serta hadith-hadith bagi menambah ilmu rohani di dada.
#8 - SURAH-SURAH AMALAN IBU MENGANDUNG
Surah pilihan dan kebaikan surat tersebut kepada ibu mengandung :
AL-FATIHAHTidak kiralah sesibuk mana pun kita,
jangan kita abaikan kesihatan kita dan bayi dalam kandungan. Ambil satu masa
yang mana kita boleh luangkan dengan bayi dan suami. Disamping sibuk mengejar
kerjaya dan impian, hubungan kekeluargaan tidak boleh diketepikan. Saling
menyokong dan memahami antara satu sama lain adalah kunci kepada kebahagiaan
sesebuah keluarga. Bersama amalkan amalan-amalan yang dituntut dalam Islam.
No comments:
Post a Comment