Berjumpa lagi.. Entri sebelum-sebelum ni sis dah share pengalaman ataupun proses-proses menjadi punca penyakit..
Kali ni sis nak share pulak penutup dia...hahahha
Jeng..jeng…hari yang di tunggu-tunggu telah tiba..kali ni rasa takut dia 10 kali ganda dari yang dahulu..huhu..Selepas berbincang dengan doktor, sis dimasukan ke wad…
Sis ingat lagi…tepat jam 9 pagi.. sis ditolak ke bilik
pembedahan..
Jom sis share gambar-gambar sebelum proses sehinggalah
selesai proses pembedahan…
(sis google jew tau gambar-gambar ni semua…zaman sis dedulu
mana tak wujud lagi phone canggih-canggih macam zaman
sekarang…hehehe)..
RAWATAN/ PEMBEDAHAN
Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih
cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu
dimasukkan ke wad, diberikan ubat pelalian, ubat pencegah kejang dan antibiotik
sekiranya terdapat tanda jangkitan.
Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk
menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempedu. Ia dilakukan
secara terancang. Pembedahan ini dilakukan menggunakan pendekatan laparoskopi
atau pembedahan lubang kunci. Kamera dan instrumen pembedahan dimasukkan ke
dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm
hingga 1.0 cm. Pembedahan laparoskopi mengurangkan kesakitan dan pesakit pulih
dengan cepat serta kembali melakukan aktiviti seharian. Kadang-kala cholecystectomy
dilakukan menggunakan kaedah konvensional terbuka terutama semasa kecemasan
atau apabila pakar bedah menghadapi kesukaran semasa melakukan pembedahan
laparoskopi.
Luka kecil
dalam cholecystectomy laparoskopi membolehkan pesakit pulih dengan cepat dan
kembali melakukan aktiviti harian selepas pembedahan. Hirisan kecil 0.5 cm –
1.0 cm ditandakan ‘x’.
👇👇
👈👈 Instrumen pembedahan dimasukkan ke dalam rongga abdomen melalui 3 atau 4 hirisan kecil di perut selebar 0.5 cm hingga 1.0 cm
Cholecystectomy konvensional atau terbuka dilakukan dengan hirisan selebar 10 hingga 15 cm di kuadran kanan atas abdomen. 👉👉
Satu spesimen lengkap pundi hempedu selepas cholecystectomy
👈👈 Ini adalah rupa hempedu kita sepelas dipotong dan dikelurkan…gituuuuu…
Spesimen pembedahan terbuka pundi hempedu mendedahkan batu karang hempedu 👉👉
Ni pulak bila pundi
hempedu dibelah… maka terkeluarlah segala rahsia didalamnya…mesti you all bayangkan macam pedal ayam kan..kan..hahahha
Batu kolesterol diambil dari pundi hempedu
👇👇
Jeng…jeng…inilah rupa Batu Karang Hempedu yang pernah ada
dalam perut sis…batu sis dulu ada la dalam 7 biji…banyak kannnnn…dah boleh main
batu seremban…Selepas 2 hari duduk di hotel 5 bintang, sis dibenarkan balik…Yahuuuuuuu…
Hokeyyyy…Panjang tak entri sis kali ni…hehehe… sis harap korang tak boring baca..
Next posting, sis akan share GEJALA ATAUPUN FAKTOR YANG BOLEH MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN BATU KARANG HEMPEDU….gituuuuu..tapi sis google jew la..sis bukan doktor..hahaha…







No comments:
Post a Comment