Friday, 24 April 2020

SANGKAYA THAI PANDAN versi MZ

RAMADHAN KAREEM buat semua...

Hari ni first day puasa..hati sayu jewww...maklum la biasa setiap tahun first day bersahur, pasti akan sambut dengan mak abah..tak kira la 1 Ramadhan jatuh weekday ataupun weekend..yang pasti sis MZ dan husband tetap akan ambil cuti balik ke kampung..Tapi tahun ni takde rezeki nak balik...sis MZ redho..lagipun kita hanya merancang..Moga virus Covid-19 ni segera pergi..Amin..

Hokeyyy...kita berbalik dengan menu hari ni...hehehe...tetiba mood rajin tu datang..

Niat hati hari ni nak buat pencuci mulut…hehehe..Nak kata pandai masak tu x jugak...tapi  sis MZ suka mencuba resepi baru..google jew lew...apa susah...hehehehe

Uolls mesti selalu layan Boat Noodle kan...sis MZ kalau pergi Boat Noodle mesti tak pernah tak order Sangkaya… roti steam dia fuhhhhhh sedap sampai tak terkata2..boleh jadi gaduh tau kalau en suami lupa nak order…hahahha

Disebabkan sis MZ terlebih rajin main google2 hari ni, so terjadi la Sangkaya versi MZ...hahahaha

SANGKAYA THAI PANDAN versi MZ

Bahan-bahan :-

- 5-6 Helai Daun Pandan (di ambil airnya sahaja)
- 1 biji Telur
- 250ml Susu Cair
- 250ml Air (utk blend daun pandan)
- 150g Gula
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- Secubit Garam
- Roti



Cara-cara Memasak :-

1. Blender daun pandan dgn air...tapis air daun pandan

SORRY PIC LUPA NAK SNAP...MAAFKAN SAYA...hehehe
😛😜😝

2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati..


3. Masukkan susu,...kacau sehingga sebati.


4. Masukkan air daun pandan


5. Masukkan tepung jagung serta garam dan kacau sehingga sebati


6. Bila kesemua bahan-bahan tersebut dah sebati, masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..selama 20-30 minit...Bila dah likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk



7. Kukus/ bakar/ steam roti..ikut selera anda..

8. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..


taranaaaa...dah siappp...


~ SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment