Assalamualaikum.....
Macam yang dijanjikan, entri kali ni aku nak bercerita pasal KEGUGURAN.....😚..
Entri kali ni panjang sikit sebab banyak yang nak dikongsikan ...harap korang tak muntah hijo lepas baca entri aku yang panjang berjela-jela ni....mohon bawak bertabah yew korang... 😜😜
Disebabkan ramai sahabat-sahabat yang PM bertanya mengenai keguguran yang aku lalui sebelum ni dan juga yang sekarang, so aku rasa terpanggil untuk berkongsi bercerita pengalaman bergelar wanita mengandung....skema sangat kan ayat aku...hahahaha..😆😆
Bila sebut tentang GUGUR...ermmm…orang yang pernah alami sahaja yang faham rasa perit kehilangan berkali-kali...Segala pahit, manis, masam tak mampu digambarkan dengan kata-kata.. Tapi Alhamdulillah en Suami sentiasa ada ketika sedih ataupun gembira. Dia juga la yang membuatkan aku menjadi lebih tabah dan cekal dalam mengharungi segala kepahitan…. Kami bersama-sama mengharungi semua ujian ini dengan penuh kesabaran yang tinggi walaupun hakikatnya hati remuk..
Aku sudah 9 kali mengandung…dalam keseluruhan 9 tu, 4 hidup dan 5 keguguran.…
Bila sebut jew 9 kali, mesti ramai yang cakap “waaaa…lajunya proses”…takpun “agak-agak la”…😏
Sebenarnya usia perkahwinan aku dengan en. Suami sekarang baru 7 tahun. Tapi ramai yang tak tau aku pernah berkahwin sebelum ini…hasil dari perkahwinan pertama, ada 3 orang anak…dan perkahwinan kedua ada seorang anak…Acuatlly, 1 dari jumlah keguguran tu adalah perkahwinan pertama, dan 4 lagi adalah hasil perkahwinan kedua…
Ramai yang tanya "awak ni tak serik ke?'
Aku jawab "Insyallah…Selagi aku ada rahim, selagi tu la aku akan mengandung dan melahirkan, selagi itulah aku tak pernah putus asa berdoa pada Allah supaya satu masa nanti Allah kurniakan zuriat dari rahim aku"
Perasan aku ?? Sedih... Menangis tau tak..
Bagi yang belum punya zuriat
- Teruskan lah berdoa pada Allah.
- hormati suami
- solat 5waktu jangan tinggal
- solat sunat . Hajat, tahajjud,
- berzikir
- sedekah dengan niat supaya Allah
rezeki kan saya zuriat
- sentiasa positif walaupun anasir
negatif banyak di luar sana yang duk mengata. Abaikan. !
- ikhtiar perubatan Islam
- ikhtiar mengurut dengan bidan
Ingat ! Selagi kita ada rahim, selagi tu kita boleh mengandung dan melahirkan .. mengandung la…hehe…
JOM IKUTI STORY MENGENAI ANAK-ANAK SYURGA KAMI
Masa kawin pertama dulu takde la bunting pelamin… Sebab aku kahwin bulan 11, 2009, pregnant anak pertama ( bulan 2, 2000). ..Alhamdulilah…kami dikurniakan seorang puteri yang di namakan RABIATUL ARISSA ERDANIS….dan hari ini umurnya dah cecah 20 tahun…Selepas si kakak umur 2 tahun, dapat la pulak seorang putera RUHAIKAL AIMAN HANIFF tahun 2002…sekarang dah nak masuk 19 tahun …dah jadi anak bujang pun…
Selepas si abang berumur 4 tahun, Alhamdulilah...aku pregnant lagi...dan dari situ, bermulalah eposid duka...
~ KEGUGURAN KALI PERTAMA ~
Siapa yang tak happy kalau disahkan berbadan dua...Tapi kegembiraan kami tak lama..Bila kandungan nak masuk 7 minggu, perut selalu rasa krem-krem....Kalau tak silap masa tu dekat office….takde pulak rasa apa-apa masa tu…Cuma masa pergi toilet nampak macam tompok darah warna coklat….alaaa lebih kurang macam time nak habis period tu…lender-lendir darah coklat…gituuuu…
Disebabkan next check-up lagi seminggu dari hari kejadian, so kitaorang nekad pergi Hospital Pusrawi dekat Seksyen 8, Kota Damansara…
Lepas scan, confirm la berita sedih yang kami dapat…mengikut kata doktor, baby tu tak jadi…perkembangan dia terbantut…just tunggu masa sahaja nak keluar…so, tompok-tompok darah coklat tu hanya permulaan…
Tak habis kat situ jew,….punya la degil…tak percaya cakap doktor…sanggup tunggu seminggu lagi sampai la tarikh next check-up…
Masa check-up, scan lagi….jawapan dia “OFCOZ la sedih”…..jadi bermula la drama air mata…bukan setakat drama air mata, drama sinetron sekali tau…siap pengsan-pengsan bagai…hahaha..
Doktor suruh kami pergi cuci secepat yang mungkin ... takut ada jangkitan kuman sebab janin dah lama mati….huhhuhu…
Bila tiba masanya, check-in la hotel 10 star dekat Selayang….sakit cuci tu jangan cerita la…lebih sakit dari nak beranak…nak-nak pulak masa diaorang nak keluarkan ketul-ketul darah….fuhhhhh manual beb….takde bius takde apa….erkkkkkk….
Kejap jew masuk hospital…esok tu dah boleh keluar….We all terus shot balik Pahang…berpantang kat rumah mak….kemurungan jugak la minggu pertama berpantang tu…sampai tak nak jumpa orang…after 2 3 minggu dah ok…
Selepas 3 bulan, Alhamdulilah pregnant lagi…dapat la sorang puteri lagi “RABIATUL SYIFA NAJWA”….sekarang dah umur 15 tahun pun…dah besar..
...........................................
AMIN ...AL-FATIHAH buat anak syurga mama…
Sedih???....ofcoz la sedih….
**************************************************************
~ KEGUGURAN KALI KE-2 ~
Kandungan kali ni hasil perkahwinan kedua aku dengan suami sekarang…Lama jugak la menunggu dalam 3 tahun…macam-macam ubat kami try…siap buat test kesuburan lagi…hehehe
Bila dapat tahu jew pregnant, suami la orang pertama yang paling happy…semua orang dia bagitahu…
First check-up tersangat la happy…second check-up hati berbunga-bunga…masuk 8 minggu jew ermmmm…doktor kata janin dah tak aktif….sis is redho walaupun hati remuk….3 tahun menunggu, akhirnya kecewa…
Dipendekkan cerita….sehari sebelum kami bertolak ke Korea,…. doktor beritahu "kandungan awak xjadi"…
Perasan aku?? (Hanya Allah yang tahu)….
Kami dapat berita kecewa tu seminggu sebelum flight ke Korea…tapi doktor bagi tarikh seminggu lagi untuk repeat scan…mana tahu kot-kot ada keajaiban…
Yang paling sedih sekali, nak-nak pulak pulak time tu my birthday…biasa orang birthday dapat benda yang paling menggembirakan…tapi aku dapat berita yang paling sadis sekali….huhuhuh…
Tarikh seminggu doktor bagi betul-betul sehari sebelum kami flight ke Korea …masa second scan tu aku dah redho…dengar apa yang doktor bagitahu…lebih kurang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri…lebih kurang gitu la….
Terkejut? Sedih? Nak nangis?...tak tahu la…sebab masa tu rasa macam blur blur….yang nyata masa doktor sebut perkataan CUCI tu, setitik air mata pun tak jatuh…bukan tak sedih tapi dah seminggu menangis sebenarnya sampai dah tak boleh nak rasa apa-apa…
Disebabkan keesokan harinya kami akan bertolak ke Korea, aku memilih untuk tidak buat D&C dan biarkan ianya keluar sendiri..doktor bekalkan ubat tahan sakit dan membuat temujanji berikutnya selepas kami pulang dari Korea…
Esoknya kami tetap bertolak ke Korea,…hari pertama tiba di sana, everything is ok…we and team sempat la pergi ke Jeju Island dan beberapa tempat…Tapi masa last tempat yang kami pergi tu, aku dah start rasa pening-pening…rupa-rupanya aku dah start bledding..makin lama makin banyak…tapi tak rasa sakit…Bila balik hotel, tetiba husband bagitahu nak balik Malaysia sebab takut ada effect kalau biarkan lama.
Malangnya nasib tak menyebelahi kami kerana penerbangan ke Malaysia semuanya fully book…Tapiiii…usaha kami tak terhenti kat situ jew…keesokkan harinya iaitu hari ke-3, kami nekad packing barang-barang and terus pergi ke airport…
Tiba di airport, kami terus pergi ke bahagian officer…kami memohon untuk pembuat penukaran flight balik ke Malaysia serta merta…Tapi macam biasa la ofcoz banyak soalan yang diaorang tanya…so kami terpaksa la cerita hal sebenar… pihak airport call airport Malaysia minta kebenaran penukaran tarikh…Alhamdulilah…permohonan kami diluluskan….denda/ charges??...ofcoz la ada...kalau tak silap dekat 1k jugak la…tapi tak ingat berapa…
Tapi, sebelum diaorang lepaskan kami, banyak la pulak prosedur yang kena buat….pihak airport hantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan...gituuuu…bila semua dah settle, we all balik semula ke airport untuk tunjuk surat doktor dan ambil tiket flight…
kos hospital???....ofcoz la kami kena bayar sendiri….mahal oiiiii…dekat RM800 jugak la…huhuhu…
Kalau nak tahu, surat doktor tu adalah salah satu dokumen penting untuk perjalan kami pulang ke Malaysia…tujuan surat???...sekiranya apa-apa berlaku semasa dalam flight tu nanti…sakit ke, tumpah darah ke, pengsan ke,…so tunjukkan sahaja surat tu….gituuu
Hari ke 3 tu, terbang le kami balik ke Malaysia….cecah jew tayar kapal terbang tu kat bumi Malaysia ni, aku dah rasa lain macam…rasa tak selesa…denyut-denyut makin kuat…nak jalan pun dah tak boleh…sambil tolak troli, sambil tahan sakit…
Tengah-tengah berdiri tunggu adik ipar ambik kereta, tetiba rasa sakit sangat…dalam masa yang sama terasa macam ada benda keluar….rasa macam baby keluar oiiiii…rasa nak pitam…cepat-cepat pergi tandas….rupa-rupanya janin dah keluar seketul…. masa tengok janin tu, hanya Tuhan jew yang tahu persaan aku...rasa nak jerit kuat-kuat...betapa hancurnya hati....tapi nak tak nak aku kena terima hakikat yang kami tiada rezeki untuk kali ini...
Dengan hati yang berat, aku bungkus elok-elok janin tu...doktor pernah pesan supaya jangan buang…bawak balik sebab dia nak tengok…
Lepas janin dah keluar tu, dia punya sakit Tuhan jew yang tahu…nak berdiri pun dah tak boleh..rasa nak pitam semua ada…
Sampai jew Shah Alam kami tak balik rumah tapi terus pergi ke hospital….sampai dekat hospital Shah Alam, nasib kami tak baik sebab orang terlalu ramai ...kes kecemasan pun banyak sampai takde orang pun nak layan kami…bapak mertua aku dah bising-bising sebab dia suruh tunggu sebab ramai pesakit katanya…
Dipendekkan cerita, kami nekad pergi Umra Medical Centre….
Bila dah boleh keluar wad, macam biasa shot balik Pahang berpantang kat sana…
Alhamdulilah,…selepas 4 bulan aku lekat Alexander….sekarang dah umur 4 tahun pun…hehehe
AMIN...AL-FATIHAH buat anak syurga kami
p/s….Untuk my lovely friends….Anis, Diana dan Jeff,…mintak maaf sebab spoil cuti korang…Insyallah kalau ada rezeki kita travel together hokeyyy....
**************************************************************
~ KEGUGURAN KALI KE-3 ~
Masa Alexander nak masuk umur 2 tahun, aku disahkan pregnant lagi….hati jangan cakap la…memang happy teruk…walaupun happy tapi dalam masa yang sama perasaan fobia tu ada la jugak….
Masa ni memang kena alahan yang teruk…sampai aku ambik cuti dekat sebulan…nasib la bos baik..hehehe…Doktor mintak hadkan aktiviti…No Holiday, No Shopping, No Eat Seafood…erkkk
Ok…bila masuk minggu ke 6, mcam biasa start pergi check up.. tiap-tiap minggu check-up dekat Hospital Umrah.. first check-up macam biasa la hati berbunga2..tapi kecewa sikit sebab doctor beritahu nampak kantung sahaja..tak nampak heart beat baby lagi…nak sedapkan hati, kira anggap masih kecik tak nampak…then..doktor bagi temujanji untuk 2 minggu lagi…
Selepas 2 minggu, datang lagi mengikut temujanji yang diberikan…tapi urmmmmm…result tetap sama….disebabkan inginkan keajaibpan, so kami bersetuju dengan cadangan doctor Rafi untuk tunggu sehingga kandungan masuk 11 minggu…
Dengan hati yang berdebar dan penuh harapan, bila masuk 11++ pergi check-up sekali lagi dekat Umrah,… masa scan tu tetap tak nampak heart beat baby...then doctor Rafi decide untuk scan ikut bawah…tapi, result dia tetap sama…”tak nampak”….kalau tengok scan tu Cik aku dah boleh agak sebab dah lalui 2 kali….urmmmmmm
Bila Allah katakan “KUN FAYA KUN”, siapa kita untuk mengatakan TIDAK…aku redho atas ketentuan Allah…
Perasaan?? …tak tahu la nak nangis ke.. nak apa ke... tak tahu nak ungkap macam mana…hanya Allah yang tahu apa yang tersurat & tersirat di hati ini…
Doktor bagi 2 pilihan sama ada masih nak tunggu 1 minggu, atau buat D&C….
Aku & suami pilih untuk buat D&C….Kalau ikutkan memang sedih bila buat keputusan, tapi apakan daya... janin tak menjadi... nadi tak jumpa.... tapi kantung membesar sesuai dengan minggunya.... apa nak buat dah takde rezeki kami nak tatap wajahnya….dah memang nyata 100% baby tak berkembang.. even nak masuk 12 minggu tapi bayi perkembangan dia setakat 9++ minggu jew …lagipun menurut doktor, kantung baby dah semakin mengecut… dari simpan lama-lama…baik buat D&C…takut ada infection pulak kalau biarkan lelama…
Masa nak buat keputusan untuk buat D&C, takde setitik pun air mata yang gugur…bukan tak sedih, tapi tak tahu nak gambarkan macam mana..tahap sedih tu buatkan aku jadi macam orang binggung sampai tak boleh nak kata apa-apa...hanya Allah yang tahu perasaan masa tu…
Disebabkan aku tak pernah berjauhan dengan Alexander, so aku tak nak admit… Sebelum balik, doktor bagi ubat antibiotik then doktor mintak datang balik pukul 8 pagi keesokkan harinya…masa sampai depan rumah tu la baru airmata jatuh… aku nangis sampai rasa nak pitam…Ya Allah sakitnya ujian yang Kau berikan….
Tepat pukul 8 pagi, dah masuk wad….
Masuk-masuk jew wad terus masuk ubat ikut bawah…alaaa macam orang kena induce bersalin tu…lepas 4 jam dia punya sakit Tuhan jew yang tahu…lagi sakit dari nak bersalin…huhuhu…tapi sampai pukul 12 tengahari, tak setitik pun darah keluar…erkkkkk…
Dalam pukul 2 macam tu, aku dah masuk labour room untuk buat D&C…tak sedar apa-apa..
Tup..tup bila terjaga semuanya dah selesai….
Rehat sekejap dekat wad…bila doktor dengan nurse cek dah tak pening and boleh bangun sendiri, baru la boleh keluar wad….pukul 6 lebih jugak la baru boleh keluar..
MAAFKAN ISTERIMU INI WAHAI SANG SUAMI...
Sampai-sampai rumah jew, terus cari Alexander… peluk ketat-ketat… mama rindu
**************************************************************
~ KEGUGURAN KALI KE-4 ~
Selepas 2 bulan, mengandung lagi…hehehe…kali ni memang tak rancang…ter..ter..mengandung…hahaha…
Disebabkan PKP digantikan dengan PKPB dan pejabat boleh beroperasi seperti biasa, aku ambil keputusan untuk bekerja dari rumah...dalam perkiraan, setelah tamatnya PKPB pada 9.6.2020, kandungan aku masuk 3 bulan…... maybe itu dah dlm tempoh yang stabil sikit dari segi kesihatan...
Aku amik Extra Vitamin.... macam Bcomplex, Ostematrix dan vitamin C. ..banyakkan rehat…juadah berbuka pun order Grab jew..takpun anak dara masakkan…Alhamdulilah en. Suami understanding...
Masuk minggu ke 7 (Ramadhan ke-26), selepas berbuka puasa aku nampak macam ada lender-lendir darah…masa tu hati memang berdedar-debar teruk…then cecepat kami pergi ke Umrah….sampai-sampai jew Umrah, terus nurse cek BP….sekali bacaan, mak aiiiii….150/100….huhuhu….mungkin sebab masa datang tu tengah berdebar teruk…
Time tunggu untuk jumpa doctor, hati memang tak tenteram… huhuhu...first scan tu macam biasa la tak nampak…so scan dari bawah…tetap tak nampak…erkkkk…otak dah start fikir macam-macam…kalut terus jadinya…
Disebabkan tak nampak dan pernah ada sejarah keguguran 3 kali, doktor bagi 2 pilihan…
- pertama- datang scan selepas 5 hari
- kedua – ambil darah untuk tengok result…
Aku & suami ambik pilihan ke-2….time-time tu jugak ambil darah…then doctor bagi next appointment untuk ambik darah after 48jam sekali lagi…then 23.5.2020, jumpa doctor tengok result….apa yang kami faham, doktor kata kalau result darah tu peratusan dia tinggi, maka ok la kandungan…tapi kalau rendah…faham-faham jew la…(lebih kurang gitu la kesimpulan yang kami boleh buat dengan apa yang doctor terangkan…hehehe)…
Keesokkan harinya, aku still bleeding…banyak jugak la…tapi tak rasa sakit langsung…so aku rileks-rileks jew la…sebab doctor kata, kalau sakit terus ke hospital..gituuuu…
Masuk hari ketiga, still bleeding…masa tu dah rasa macam tak sedap hati…kebetulan masa tu pergi office then tanpa banyak fikir terus pegi Klinik Siti dekat belakang office…
Doktor cek pintu rahim, katanya banyak darah…then doktor scan…masa scan tu, nampak dah takde apa-apa cuma dekat dinding rahim still tebal…senang cerita dikatogorikan sebagai “incomplete miscarriage”(keguguran tidak lengkap)…
Disebabkan bacaan BP terlalu tinggi sampai 160, so doktor terpaksa refer dekat hospital…sementara tunggu doktor siapkan surat untuk refer dekat hospital….Aku tak tahu la nak gambarkan macam mana perasaan masa tu…jadi macam blurrrr….
Lepas dapat surat, termenung dalam kereta…macam-macam perasaan ada.. tak tahu macam mana nak berdepan dengan en Suami…mesti dia orang yang paling sedih…huhuhu…
Actually refer dekat hospital ni bukan sebab miscarriage..tapi sebab BP tinggi mendadak…huhhu..
Lepas berbuka puasa, aku dan suami terus pg Umrah…masa menunggu tu hati rasa remuk sesangat…tak tahu kat mana silapnya…
Bila nurse panggil jew nama untuk cek BP, memang jantung laju la…dipendekkan cerita, cek punya cek….hambikkkkk 178….sampai berbunyi alat cek BP tu….huhu…Untuk pertama kalinya baru aku tahu kalau BP over high, alat tu jadi merah & berbunyi…alaaaa macam thermometer cek demam tu…hehehehe….umur dah 40 tahun baru tahu oiiiiii…. Erkkkkkk…
Selepas perbincangan dengan doktor, kami ambil keputusan untuk tidak buat D&C dan biarkan ianya keluar sendiri… Finally 2 hari sebelum menyambut Aidilfitri keluar seketul2 darah...dalam kepala dah set awal-awal dan redho mungkin baby tak berkembang..... Ya Allah sedihnya.
Keesokkan harinya, we all pg balik Umrah untuk buat double scan…. Alhamdulilah…Allah permudahkan segalanya, “complete miscarriage”…Doktor kata tak perlu melalui proses D&C (Dilation & Curettage)...
So bermula la episode BERPANTANG di hari raya…orang makan ketupat lemang, kita tengok jew la…huhuhu
…AMIN… AL-FATIHAH buat anak-anak syurga kami…
**************************************************************
~ KEGUGURAN KALI KE-5 ~
Allahuakbar... Allahuakbar.... Allahuakbar.... sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Pemurah...
Seronok sgt masa tu dpt tau preggy selepas keguguran kali ke-4…Ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan disiang hari... Allah Maha Besar!!! sekali lagi kami diuji...
Kandungan ke-9 kami yang berusia 13 minggu juga mengalami nasib yang sama…
Masa mula-mula tahu mengandung, kami nekad untuk tak bagitahu sesiapa pun termasuklah family..yang tahu cuba kami berdua…
First check-up masa usia kandungan 4 minggu, doktor bekalkan DUPHASTON iaitu ubat kuatkan rahim..
Pada mulanya semuanya berjalan lancar….kami repeat scan masa usia kandungan masuk 9 minggu…Alhamdulilah masa tu hati berbunga-bunga bila nampak heart beat baby….mata rasa macam masuk habuk….en suami lagi la tersenyum-senyum…hati gembira tak terkata….
Aku jalani rutin harian seperti biasa, cuma kali ini banyak berehat….
Then bila kandungan mencecah usia 13 minggu, aku & suami berbincang untuk pergi ke Umra Medical Centre untuk memulakan check-up bulanan...niat hati nak pergi buat check-up awal-awal...faham-faham jew la...sebelum-sebelum ni ada masalah kannnn....kiranya nk berjaga-jaga la...
Macam biasa sebelum memulakan check-up bulanan, doktor akan buat scan untuk tengok kandungan.
Macam aku cakap tadi, “Ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan disiang hari... Allah Maha Besar!!! sekali lagi kami diuji...”….
Ya Allah…berat sugguh ujian yang KAU berikan… denyutan bayi yang kami lihat sebelum ini sudah tidak kelihatan lagi…yang ada hanya bayi yang tidak lagi bernadi…. Allahuakbar…
Kami melangkah keluar dari hospital dengan hati yang hancur…kaki terasa lemah longlai…kaki yang di pijak ke bumi bagaikan tak terasa..Doktor bagi kami seminggu iaitu pada 21.8.2020 untuk repeat kali pertama dan 28.8.2020 untuk repeat scan kali kedua…harapan kami masa tu “Moga ada keajaiban”….tu jew yang boleh kami katakan…
2 hari aku menangis bagaikan nak rak…mata bengkak jangan cakap la…Disebabkan terlalu banyak menangis, aku demam teruk sampai tak boleh nak bangun…
Setelah habis berfikir, berbincang dan 2 3 kali scan di klinik biasa, kami bersetuju untuk tidak repeat scan kali ke dua pada 28.8.2020…Kami nekad untuk membuat procedure DNC awal…Iyew la kan buat apa nak simpan lelama kalau dah confirm takde rezeki…
Pada 19.8.2020, kami pergi ke Umra Medical Centre untuk tetapkan tarikh untuk procedure DNC…Disebabkan 20.8.2020 tu Awal Muharram, so procedure DNC terpaksa ditunda pada hari berikutnya..
21.8.2020….masanya dah tiba….
(Tepat jam 8.00 pagi)..
Kami dah sampai Umra Medical Centre…tung tang tung tang…pkl 8 lebih baru masuk wad…Nak dipendekkan cerita, taraaaa… Cik Mainnie dapat katil dan wad yang sama masa buat procedure DNC yang ke-3 dulu….hehehehe
(9.30pagi)..
Doktor mula masukkan ubat…ermmm…lepas sejam macam biasa la berguling-guling sakit…huhuhu…dekat 3 jam jugak la tahan sakit… tapi bukaan jalan langsung takdo..jangan katakana bukaan jalan, darah setitik pun tak keluar… sakit dia Tuhan jew yang tahu…lagi sakit dari orang nak bersalin…huhuhu
(12.30 t/hari)..
Masanya telah tiba...masa nurse tolak wheelchair nk ke bilik OT, macam-macam perasaan ada…rasa nak meraung pun ada…huhuhu..
Then bila dah naik atas katil, masa doktor pakar bius nak bius, aku dapat rasa panas airmata mengalir laju…sakit menanggung duka terasa sampai ke hati…lepas tu aku tak sedar dah
(2.00 petang)…
Sedar-sedar jew semuanya dah siap…sekali lagi air mata laju jew mengalir…sampai kat wad, Cik Mainnie terlelap balik…mungkin kesan ubat tak habis lagi kot…
(4.00 petang)..
Dah petang baru aku terjaga…tengok-tengok en suami dah bawak makanan…
Ada yang tanya "Bila nak pregnant lagi ????".....emmmmm… kita rest dulu la setahun dua…hahahahahha
So itulah pengalaman aku gugur sebanyak 5 kali... tiap kali gugur tiap kali tu la jalan ceritanya berbeza.. itulah kehidupan.. tak semua sama... tapi bersyukur ada anak-anak yang menanti aku... tunggu mama kat syurga yew anak-anak…
AMIN....AL-FATIHAH buat anak syurga mama…
Smile With LOVE from :-









No comments:
Post a Comment