Assalamualaikum..
Disaat kau mula mencoretkan di sini, ketahuilah bahawasanya kau kini tidak lagi mampu menampung segala kedukaan yang membenam di jiwa..
Ketahuilah bahawasanya kau kini tidak lagi mampu untuk berselindung disebalik senyuman, gelak tawa dan wajah manis di hadapan semua manusia yang ada di sekeliling.
Juga ketahuilah bahawasanya kau sudah tidak mampu untuk memendam segala rasa pahit dan sakit yang setelah sekian lama mengguris hati ini..
Terkadang kejujuran itu amat menyakitkan kerna di sebalik senyuman itu adalah kesedihan..
Hari ini, airmata itu menitis lagi..Setelah beberapa minggu menahan akhirnya gugur jua membasahi pipi..menitis dan mengalir tanpa henti bagaikan tiada tanda pengakhirannya..
Sekali lagi, rasa ini menerpa bagaikan ombak memukul pantai..
Sakit..bila orang yang selalu ketawa bersama kau tetiba-tiba berubah..
Menjauh tanpa kata..
Menghukum tanpa bicara..
Adakalanya kau terkial-kial bertanya,
"dimanakah silapnya?"
"apakah puncanya?"
"salahkah kau?"
Namun jawapan tetap sama, diam dan terus menerus dengan hamparan bisu..
Telah puas kau cuba untuk melawan segala perasaan itu..
Telah puas kau cuba untuk tidak berfikir dan menangis sendiri..
Kau fikir kau cukup kuat untuk menahan segala kepedihan yang terbuku di hati selama ini..
Ternyata semakin kau pendam, semakin kuat rasa perit itu sehingga memakan diri..
Semakin lama, semakin kau lemah.
Gelak ketawa itu tidak mampu lagi menenangkan hati yang sedang berkeceramuk.
Telah kau cuba untuk senyum, namun pahit itu terlalu menebal..
Andai masa boleh diputar kembali, kau pasti lebih bersedia untuk berhadapan apa sahaja..
Segalanya sudah terlajak lalu ke hadapan..Tiada upaya lagi untuk diputarkan kembali..Yang ada kini hanya siksa dan pahitnya..
Terkadang, kau terasa ingin mengeluh..Namun, kau tak pernah menuntut sesuatu yang lebih..
Terkadang kau terlalu sedih..Namun, kau memilih untuk memendamnya sendiri..
Terkadang, ketika semua itu sudah tak mampu untuk dibendung lagi, kau memilih untuk menangis..
Kerana benteng terakhir itu adalah cara untuk kau meluahkan sakit tanpa suara..
Tuhan..
Tolong tenangkan, tabahkan, damaikan dan dewasakanlah hati Hamba-Mu ini..
-Coretan HATI-

No comments:
Post a Comment