Ingin memiliki sebuah rumah yg selesa di lokasi yang diingini adalah satu impian setiap orang. Bagaikan satu perjuangan yang terlalu mencabar bagi kitaorang sebagai pekerja swasta yang bergaji tak seberapa nak tinggi mcm KLCC ni..hahaha. Berbagai dugaan dan cabaran yang perlu dilalui bila menyewa rumah. Berpindah randah, sana sempit, sini sempit, nk buat tu tak boleh, nk buat ni tak boleh..pendek kata bertingkat-tingkat la cabaran..itu belum kira perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan ada rumah sendiri..
1. Bermula 6 tahun dahulu selepas melangkah ke gerbang perkahwinan.Kitaorang duduk di rumah sewa yang dah sis dah menyewa
selama 3 tahun sebelum berkawin. Flat jew pun..sewa masa tu RM450..tapi biasa la dah namanya bandar..harga memang tercekik la..Cuma yang bestnya dekat dengan office.
2. Selepas 2 tahun, bila
kewangan agak-agak stabil, kitaorang pindah
menyewa rumah yang besar
sikit…D’SHARE VILLA..sewa bulanan dia 3 kali ganda dari apartment yg dulu..RM1200…tapi
rumah memang super duper cantik..cuma parking jew yang bermasalah
sikit..parking kereta Cuma ada 1..tapi kitaorang ada 4 kereta..hahaha
Sis suka merah, so cat dinding colour merak…merecik
oiii
4. Bincang punya bincang, kitaorang buat keputusan untuk berpindah ke Shah Alam..dekat dengan rumah mertua..so agak senang la sikit pepagi tak payah nak mengadap jem..lagipun jimat masa, jimat petrol..
3. Masuk tahun ke3
perkahwinan, Alhamdulilah…sis pregnant..
Lepas sis bersalin, “baby”
mak mertua sis yang jaga…first-first nak hantar nursery, tapi diaorang tak nak
ambik baby yang umur bawah 6 bulan..
So bermula la episod
berulang-alik dari Kota Damansara ke Shah Alam setiap pagi hantar Alexander rumah MIL..lepas
hantar, patah balik Kota Damansara sebab office dekat Kota Damansara..
Then petang
lepas waktu kerja, shut balik ke Shah Alam untuk jemput baby…begitulah rutin
harian selama setahun..
Selepas umur baby 1 tahun,
we all menyerah kalah..tak mampu nk berulang-alik hantar baby pepagi..tak mampu
nak mengadap jem pepagi sebenarnya…hahaha
4. Bincang punya bincang, kitaorang buat keputusan untuk berpindah ke Shah Alam..dekat dengan rumah mertua..so agak senang la sikit pepagi tak payah nak mengadap jem..lagipun jimat masa, jimat petrol..
Rumah sewa kitaorang kali
ni berdekatan dengan rumah mertua..jalan kaki pun boleh..Sewa RM1,250..mahal
RM50 dari rumah lama..
Rumah Double Storey,
cantik, besar tapi….emmmm..ada masalah bocor dengan anai-anai pulak..BIla hujan
lebat, memang banjir la ruang tamu depan..nak-nak pulak tempat bocor tu betul-betul
atas TV sis..huhu..Masalah anai-anai lagi
stress..menguji jiwa oiiiii…bukan setakat rak tudung sis, sekali tudung-tudung
sis dia gigit…
ππ Nampak canti seperti takde
apa-apa yang berlaku..
πππBila alihkan...jeng..jeng..
πππ erkkkk..menangis tepi bucu katil
πππ hurmmmm...rasa nak bakar jew rumah ni...
5. Disebabkan tahap stress sis lebih tinggi dari KLCC, so sis nekad nak pindah …haaa.. pindah lagi kannnn…
πππ erkkkk..menangis tepi bucu katil
πππ hurmmmm...rasa nak bakar jew rumah ni...
5. Disebabkan tahap stress sis lebih tinggi dari KLCC, so sis nekad nak pindah …haaa.. pindah lagi kannnn…
Sis pindah area-area Seksyen
17, Shah Alam jugak la..takde la jauh mana dengan rumah mertua..kalau nak exercise,
boleh jew jalan kaki ke rumah mertua..hahaha
Kali ni sis sewa ruma
bawah jew..sewa RM1500 sebulan..paling mahal dalam banyak-banyak rumah yang
pernah sis sewa..hahaha
Walaupun agak mahal, tapi sis suka..Rumah ni agak besar
la..ada 2 hall..dapur ada cabinet..garaj kereta pun boleh masuk 2 biji kereta..jalan
kawasan rumah ni tak sibuk sangat sebab depan rumah ada padang bola..
Sis suka duduk rumah ni sebab tak pernah ada
problem..Owner pun baik tapi owner duduk jauh..emmm..Perak kalau tak silap..Ower
ni kitaorang ni ada satu penyakit yang susah nak baca/ balas whatsapp..kalau
whatsapp, lepas seminggu baru dia baca/ balas…hahaha
Dalam tak sedar pejam
celik pejam celik, masa yang berlalu minggu berganti minggu, bulan berganti
bulan. Hampir setahun lebih jugak la kitaorang menyewa rumah tu..sampailah
Allah turunkan rezeki kami beli rumah..
Sejujurnya rasa sayang nak
keluar dari rumah sewa sekarang sebab owner terlalu baik..tak pernah kacau
kitaorang..tambah-tambah lagi dah bermacam-macam kitaorang buat kat rumah ni..siap
pasang owning depan dgn belakang rumah.
Tapi, Rahsia Allah Tiada
Siapa Yang Tahu..lepas kami dapat kunci rumah baru, sis bagitahu ower yang kami
nak pindah..Alhamdulilah.. owner faham..siap bagi kata-kata ucapan lagi..then
owner bagitahu yang dia akan refund deposit selepas dia cek bil-bil ataupun sebarang
kerosakkan rumah jika ada..
“Untuk Haji
Khair sekeluarga,..
(alamat rumah
sewa beliau : No. 3, Jalan Kurau 17/13, Seksyen 17, Shah Alam)
Andai satu
hari nanti ada terbaca blog ini, kami nak ucapkan terima kasih kerana benarkan
kami buat macam-macam kat rumah Haji..Walaupun kami tak pernah berjumpa Haji,
tapi bagi kami Haji seorang owner yang baik..tak pernah sekalipun ganggu
kami..Sejujurnya kami berat hati nak berpindah..tapi apakan daya rezeki kami
dapat miliki rumah sendiri..Kami halalkan segala apa yang kami tinggalkan
dengan ikhlas..
Kami memohon
maaf andai ada terkasar bahasa ataupun apa-apa yang menyinggung perasaan Haji
sekeluarga sepanjang tempoh kami menyewa.
Kami doakan
Haji dapat penyewa yang bertanggungjawab yang dapat jaga rumah tu sebaik yang
mungkin..Insyallah, kalau ada rezeki, kita berjumpa..
Terima kasih
untuk semuanya..”
Ikhlas Dari,












No comments:
Post a Comment