Showing posts with label Dunia Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Dunia Sahabat. Show all posts

Wednesday, 1 July 2026

JARAK TAK PERNAH MEMISAHKAN

Sekuntum senyuman, tersirat seribu rahsia yang terpendam...

Sedetik rindu di hati menwarnai jiwa yang paling dalam..

Sakitnya perpisahan itu bukanlah apa-apa, jika dibandingkan saat bertemu lagi..

    Dulu sering bersua mata, ..Luangkan setiap detik bersama... 

    Tanpa pernah sekalipun jemu..

    Kini terpisah oleh jarak serta waktu..

Monday, 20 January 2020

SELAMAT PENGANTIN BARU MY BFF

Assalamualaikum...

Pertama sekali sis nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU to my BFF "SITIE & AJON"...

Selepas mengharungi pelbagai halangan, akhirnya bersatu jugak pasangan ni...yahooooo...my BFF kawin jugak akhirnya..WELCOME to the Club...hehehe...

Semoga ikatan yang terbina nie kekal dunia akhirat..
I know you can do it..
I love you so much... 

CORETAN BUAT YANG BERNAMA SABAHAT…

Sahabat…
Tahukah kau sejak bila kita melewati  banyak momen bersama?
Berapa  lama kita menjadi  Sahabat?
Ingatkah kau berapa kali kita pernah bersengketa?
Pernahkah kau terfikir kita akan bersahabat selamanya?

Sahabat..
Bukan tentang sebuah nama
Bukan tentang sebuah formalitas belaka.. 
Itu adalah keniscayaan dalam hidup kita…

Sahabat.. 
Bukan tentang persamaan
Bukan tentang komitmen pula..
Namun adalah tentang semuanya..

Sahabat adalah tempat ku berteduh..
Sahabat adalah tempat ku berbagai..
Tentang perjalan hidup ini..

Waktu berlalu, tak terasa begitu cepatnya..
Saat berada didekat kalian aku merasa riang..
Kalian yang membuat hari ini tak begitu basi..
Lelucon, canda, tawa menyatu dengan serasi..
Kadang ada cinta, kadang ada benci..
Begitulah adanya..

Tahukan…
Kalian adalah Sahabatku, matahariku..
Menerangi dan memberi semangat untuk hari ini..
Kalian Sabahatku, arahku..
Kerena persahabatan kita selamanya..
Kerena kalian selamanya di hatiku...

Terima kasih..
Kalianlah Sahabatku..
Penyejuk bagi jiwa..
Sentiasa ada di saat aku jatuh..

Entah bagaimana aku harus titipkan ucapan terima kasih..
Membalas segala yang telah kita lalui bersama..

Pinta ku hanya satu...
Mari kita selalu menjaga persahabatan ini..
Hingga nanti, nanti dan nanti..
Nanti, waktu yang tak terkira..
Agar kita tak hanya berteman dan bersahabat..
Di kala waktu senang sahaja..
Tak usah pedulikan segala..
Mari jadikan kisah kita
Kenangan terindah disaat tua…

-eND-
Love from 💖💖,

Monday, 6 January 2020

RAGAM SAHABAT


SAHABAT..
Nama yang cukup senang didengar..bila ada yang kata kita adalah
sahabat..kita pasti rasa diri ini special sangat kan. Tapi dalam bersahabat ni ada macam-macam ragam...Sepanjang perjalanan 40 tahun, sis dah jumpa banyak kenalan yang menganggap diri mereka ini adalah sahabat..Tapi dalam banyak-banyak ini, ada yang "menghappykan" dan ada juga yang "menyedihkan' serta "menyakitkan" ..

Bila kenang balik..ragam berkawan ni macam-macam...

* Ada sahabat kata akan sentiasa di sisimu susah atau senang..tapi aleh-aleh bila kita susah haram muka dia wujud..macam chips more pun der..yer lah..time kita susah dia hilang..lepas tu bila kita senang muncul lak dia dari celah mana aku pun tak pasti..

* Ada pula sahabat yang jenis talam 2,3 muka..depan kita punnnnyaaaaaaalah baik..tapi bila kat belakang kita nii...nauzubillah..dia punya kutuk kita tak hingat dunia..tapi jenis ni aku selalunya buat bodo jaaa..bila tau aku akan jarak-jarak kan persahabatan itu.

* Sahabat selalu di anggap orang yang tahu simpan rahsia kita..kira boleh harap lah..tapi ada pula yang bila kita cerita masalah pada dia..aleh-aleh dia hebahkan pula pada orang lain..silap hari bulan pada musuh kita pun dia akan story beb..Aku penah juga jumpa jenis ni..u all tau per alasan dia bagi dekat aku..dia kata " laaaa..tak tau lak yang tu tak leh cerita kat orang" kalau u all dalam situasi ku itu..apa akan u all lakukan???

* Ada juga sahabat yang aku jumpa dia ni jenis ambil kesempatan. Pantang kita kata nak belanja atau bawa jenjalan..lajuuuuuuuuuuu ja dia ON..tapi kalau kita kata jom gi shopping but tumpang keta ko..conferm dia akan bagi alasan sejuta kat u all..Tapi kalau insan begini masih boleh maafkan...paling sadis pun buat tak kesah jurrr tentang kewujudan manusia cam gini..hahaha

* Sahabat ni ada juga yang perangainya dalam diam tikam kita dari belakang..Yang ni rasa paling sakit sangat-sangat...kalau ada pisau dah lama  tikam-tikam n cincang-cincang dia..bukan apa..kita anggap dia adalah sahabat yang baik..tapi kalau perangai macam ni baik tak yah jadi sahabat..betul tak??

* Ada pula sahabat yang mana dia ni baik gak..tapiiiiiiii..suka buat harta kita seperti hartanya..kiranya "harta ku harta mu jua".. kalau tak minta memang harapan la nak pulangkan..

* Walaupun banyak temui adalah yang menyakitkan tapi masih ada juga sahabat yang benar-benar bernama sahabat. Dialah insan yang sentiasa berada di sisi sis tika susah dan senang..dia jugalah pemberi dorongan buat sis untuk hadapi setiap ujian dan selesa lalui kehidupan bersama dan boleh terima baik dan buruk sis..inilah yang sis fahami insan bernama sahabat..

Walaupun dah temui beribu-ribu mahupun berjuta-juta insan bernama kawan atau sahabat, dan adakalanya mereka tak memberi kebahagiaan ..tapi sis tetap hargai mereka..Cuma kita kena sentiasa yakin dalam keburukan pasti ada kebaikan..Mungkin golongan yang tak tau hargai erti sahabat ini punya masalah sosialnya sendiri..

Buat teman blog..u all pun aku kira sebagai sahabat..sentiasa berada di sisi walaupun tak mengenali...

#copyandpastejurrr..😜😜




Wednesday, 4 September 2019

SAHABAT MEDIA SOSIAL


Hari ni sis nak bercerita pasal member-member yang sis kenal dari media sosial..tak kira la dari facebook ataupun Instagram..

-SAHABAT TRAVEL- 👇👇

We all kenal dekat Facebook..first-first kita kenal pasal Trip ke Korea jew pun..last-last jadi BFF.. 

Diaorang ni otak semua masuk air..hahaha.. Pengalaman travel ke Korea dgn diaorg ni mmg tak dapat nk lupakan sampai bila-bila..tambah pulak masa hari first kat sana, sis tetiba “bleeding/ keguguran”..so sis terpaksa balik Malaysia awal..sedih juga masa nak tinggalkan diaorang & balik
 Malaysia..mana tak nya penat2 plan pastu terpaksa cancel separuh jalan..huhuhu..
Hope lepas ni boleh travel sesama lagi..
LOVE YOU ALL…





- DARI CUSTOMER JADI KAWAN.. -
(AGENT ALHUMAIRA) 👇👇

Haaaaa..Nama mek ni Hayati tapi sis panggil Yati..dia ni Agent Alhumaira..Sis kenal dia dari Instagram..semua gara-gara shawl Alhumaira..Sis ni pengumpul tegar shawl ..bermula la detik-detik persahabatan kami.. 
 Dari hari ke hari…dari customer jadi kawan..dari kawan biasa jadi BFF… Ingat lagi masa mula-mula kenal ..masa tu cuma ingat nak kawan biasa-biasa jew..iye la kan..dunia sekarang ni penuh dgn orang yang bermuka-muka..gituuu...tapi Allah gerakkan hati sis untuk berprasangka baik..Alhamdulilah.. sekarang kita dah jadi BFF.. 
Thanks sebab sudi jadi kawan sis..


- BUSINESS ONLINE  & IBU KUTU EMAS-👇👇

Yang kecik molek ni nama dia Nurul Najwa atau panggilan mesra Wawa..
Kalau ingatkan balik masa mula-mula kenal dulu masa main Kutu Emas..hehehe..sis ni lebih kurang orang kata gile emas la..pantang nampak emas mesti nk beli..tapi pakainya tidak..hahaha

Sis kenal dak Wawa ni kat FB jew pun..first main kutu emas…lepas tu berjangkit pulak ke Dhia Cotton..seronok punya pasal main kutu,  sampai baju tinggi menggunung baju sis..tak tahu la bila nak habis pakai ni…harap sis tak gemuk la setahun dua ni…hahahaha
Mula-mula sekadar kawan kat FB jew…tak sangka pulak jadi kawan sampai kat luar..First time face to face dengan dak Wawa ni masa sis jemput dia datang open house raya baru-baru ni..

Cute kan mek ni…hehehe
Sape kata jumpa kat media social tak boleh jadi BFF…yang penting hati kena bersih dan ikhlas menerima…chewahhhhh…



- COWAY & KUTU DUIT - 👇👇

Timah…atau en suami panggil Timah Tempoyak..hahaha…bukan sis yang bagi nama yee..tapi husband sis yang set dekat phone dia gara-gara si Timah ni pernah jual Sambal Tempoyak..
Sis kenal Timah ni melalui FB jugak…banyak bebenor kawan sis yang kenal dari FB…kannnnn
Dari beli tempoyak, Tabita  sampailah sis pasang Coway dengan si Timah ni..Dan yang terbaru ni pulak, sis terjebak dengan “Kutu Orang Kaya”..gitu nama kutunyaaaa… 

Timah ni lebih kurang macam Yati la..tak pernah tak datang kalau sis jemput open house..love you all la…

Kalau nak cerita pasal si Timah ni tak la banyak mana sebab kitaorang jarang-jarang jumpa..Tapi bagi sis, Timah ni baik sesangat..husband dia pun peramah..

Tapi yang tak boleh tahan baby dia…comey weiii…macam anak mat salehhh..next time klu sis pregy, sis nak mintak tip kat si Timah ni mcm mana nak baby puteh cam gini..hehehehe…

Rasa nak gigit jew budak comey ni..



Sape kata dari media sosial tak boleh jadi kawan..tengok we all jadi BFF lagi tau..hehehe..

moral of the story ...
"jangan cepat membuat andaian sebelum anda benar-benar melalui situasi itu" 

 Penulisan Asal & Idea 💓💓💓

Saturday, 24 August 2019

SAHABAT

Ianya membawa banyak maksud dan pengertian..

Bagi sis, SAHABAT adalah orang mampu membuat kamu terus bergerak, terus berjalan dan terus melangkah. Mereka akan memimpin serta menggendong kamu ketika kamu tak lagi sanggup berjalan. Mereka juga akan merangkul kamu saat kamu bersedih dan akan berusaha membela kamu saat kamu terinjak.

"sebab sahabat itu saling tumbuh, bukan yang hilang ketika satunya jatuh"..[Boy Candra]

Kerana sahabat ialah kawan seperjuangan..satu dalam langkah, seirama dan senada. Sahabat yang benar-benar ikhlas rela mengorbankan waktu, pemikiran, bahkan tenaga sekalipun demi kau sahabat. Dengan adanya seseorang yang bergelar "SAHABAT", mereka akan membuatkan dunia kita hidup..

Ada juga pepatah mengatakan "Mencari seorang sahabat bagaikan mencari permata di sebuah lumbung jerami yang besar"..

Mereka bagaikan Matahari yang selalu menyinari pagimu..
Mereka bagaikan Angin yang menemani perjalanan hidupmu..
Dan mereka juga bagaikan Bintang yang menjaga istirahatmu..

Kau boleh menjadi Singa yang dihormati bahkan ditakuti..
Kau boleh menjadi Helang yang mampu terbang tinggi menembusi awan..
Kau juga boleh menjadi kuda yang dapat berlari dengan hebat..

Tapi ingatlah..
SAHABAT ITU IBARAT "PETROL", ..TANPA "PETROL" KERETA TIDAK BERFUNGSI..gituuuuuu

Penulisan Asal & Idea 💓💓💓