Showing posts with label Tersangat Puitis. Show all posts
Showing posts with label Tersangat Puitis. Show all posts

Monday, 9 December 2019

KEHIDUPAN


Hari esok pasti ada, tetapi esok belum pasti untuk kita.
Ingat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Apa yang kamu pilih hari ini akan menentukan masa depanmu..
Pilihlah yang membuatmu jadi pribadi yang lebih baik.

Ya Tuhan, maafkanlah hamba, hamba tidak kuat untuk mengharungi segalanya..

Andainya Tuhan ciptakan waktu berjalan dua arah, pasti aku pilih untuk kembali ke masa lalu..

Sehingga ke hari aku tak tahu di mana punca segalanya..tapi yang nyata di kotak fikiran ini sering tertanya-tanya...SALAHKAH AKU??..

Terkadang aku memilih untuk terlihat tenang dalam senyuman, karena tak ingin menjelaskan mengapa aku bersedih tentang mereka..sedangkan mereka tak pernah berusaha untuk mengerti.

Adakalanya berdiam diri itu amat menyakitkan.., Senyuman itu juga amat memeritkan.. melepaskan kesedihan itu juga amat menyiksakan...Tapi aku tetap memilih SENYUM..

Tak seorangpun dalam hidup ini sangat kuat. Termasuklah aku sendiri..Semua orang merasa kesedihan, namun terkadang kita hanya mampu berpura-pura tersenyum.

Tatkala aku memilih untuk lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan karena itu menunjukkan adanya kesedihan.

Tuhan Maha Adil dan Baik, karena Tuhan selalu punya cara untuk memberikan rasa bahagia di sela-sela kesedihan yang melanda hatimu.

Nasib bukanlah merupakan persoalan kesempatan, tapi merupakan pilihan, yakni bukan sesuatu yang harus ditunggu, tapi sesuatu yang harus diupayakan.

-eND-
💖💖💖 from,



Monday, 19 August 2019

HATI INI..

Assalamualaikum..

Disaat kau mula mencoretkan di sini, ketahuilah bahawasanya kau kini tidak lagi mampu menampung segala kedukaan yang membenam di jiwa..
Ketahuilah bahawasanya kau kini tidak lagi mampu untuk berselindung disebalik senyuman, gelak tawa dan wajah manis di hadapan semua manusia yang ada di sekeliling.
Juga ketahuilah bahawasanya kau sudah tidak mampu untuk memendam segala rasa pahit dan sakit yang setelah sekian lama mengguris hati ini..

Terkadang kejujuran itu amat menyakitkan kerna di sebalik senyuman itu adalah kesedihan..

Hari ini, airmata itu menitis lagi..Setelah beberapa minggu menahan akhirnya gugur jua membasahi pipi..menitis dan mengalir tanpa henti bagaikan tiada tanda pengakhirannya..

Sekali lagi, rasa ini menerpa bagaikan ombak memukul pantai..
Sakit..bila orang yang selalu ketawa bersama kau tetiba-tiba berubah..
Menjauh tanpa kata..
Menghukum tanpa bicara..

Adakalanya kau terkial-kial bertanya, 
"dimanakah silapnya?"
"apakah puncanya?"
"salahkah kau?"
Namun jawapan tetap sama, diam dan terus menerus dengan hamparan bisu..

Telah puas kau cuba untuk melawan segala perasaan itu..
Telah puas kau cuba untuk tidak berfikir dan menangis sendiri..
Kau fikir kau cukup kuat untuk menahan segala kepedihan yang terbuku di hati selama ini..
Ternyata semakin kau pendam, semakin kuat rasa perit itu sehingga memakan diri..
Semakin lama, semakin kau lemah.

Gelak ketawa itu tidak mampu lagi menenangkan hati yang sedang berkeceramuk.
Telah kau cuba untuk senyum, namun pahit itu terlalu menebal..

Andai masa boleh diputar kembali, kau pasti lebih bersedia untuk berhadapan apa sahaja..

Segalanya sudah terlajak lalu ke hadapan..Tiada upaya lagi untuk diputarkan kembali..Yang ada kini hanya siksa dan pahitnya..

Terkadang, kau terasa ingin mengeluh..Namun, kau tak pernah menuntut sesuatu yang lebih..
Terkadang kau terlalu sedih..Namun, kau memilih untuk memendamnya sendiri..
Terkadang, ketika semua itu sudah tak mampu untuk dibendung lagi, kau memilih untuk menangis..
Kerana benteng terakhir itu adalah cara untuk kau meluahkan sakit tanpa suara..

Tuhan..
Tolong tenangkan, tabahkan, damaikan dan dewasakanlah hati Hamba-Mu ini..

-Coretan HATI-



Sunday, 18 August 2019

SEKEPING HATI

Duhai Hati...
Janganlah berasa lemah tatkala dilambung ombak cabaran..
Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buat hambanya..
Memang sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan..Membuat airmata gugur satu persatu..Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah..

Aku cuba merangkai kata walau dengan hati terluka..
Aku cuba fahami kembali walau jiwaku telah mengerti..

Aku beri isyarat agar mereka mampu fahami..
Aku cuba jelaskan namun mereka tetap tidak peduli..
Rasa sakit ini kian bertambah sehingga menghimpitku..
Jiwa dan ragaku terasa perit tak terhingga..

Andainya aku bisa pergi pasti telah lama aku membawa diri..
Andainya ini cuma mimpi pasti aku tak ingin tidur lagi..
Tapi semua itu adalah realiti..Realiti yang harus aku hadapi..

"Maaf" bukanlah satu lafaz yang mudah yang bisa menjadi penawar buat hati yang luka..
Kelu lidah hilang bicara..
Hanya tangisan berlagu sendu..
Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati tiada siapa yang tahu..

Begitu banyak dikianati dengan sikap mereka..
Terlalu banyak aku dilukai dengan kata-kata mereka..
Kini semuanya telah ternoktah biarpun tiada hitam putihnya..

Dalam senyumanku ada sejuta rasa yang mencengkam..
Dalam gerak langkahku hampir longlai dipertengahan..
Dalam tenangku terselit kekuatan dari kepedihan..
Ketika itu hanya pada Allah aku berserah..

Duhai Hati..
Aku meredhai setiap ketetapan-NYA..
Jika dengan redha, maka aku akan mencapai kewarasanku, aku bersyukur pada-NYA..

 BICARA HATI



Wednesday, 14 August 2019

TABAHLAH WAHAI HATI..

Dalam kehidupan tak selalunya manis..
Begitu juga dengan hati..
Kadang cerah, kadang mendung..
Kadang bahagia, kadang tidak..
Siapa kita untuk mengelak..

Hati manusia boleh berubah..
Dari tak suka boleh jadi suka..
Dan dari suka terus jadi tak suka..

Hakikatnya itulah yang terjadi pada diri ini..
Adakalanya yang kita dapat itu, tak semestinya yang kita pinta..
Belum tentu yang terbaik buat kita, akan membuatkan semua orang suka..

Seseorang itu akan datang bila ia memerlukan..
Seseorang itu akan pergi bila tidak dihargai..
Dan seseorang itu akan berubah saat diri disakiti..

Aku tidaklah sebaik yang mereka sangka..
Aku juga tidaklah seburuk yang mereka fikirkan..
Aku memang tidak layak dipuji..
Apatah lagi untuk dikagumi..
Aku bukan siapa-siapa di muka bumi Allah yang indah ini..

Makin hari semakin banyak dugaan tanpa aku sedar..
Masa terus berjalan tanpa henti..
Masa terus berlalu tanpa menunggu..
Berapa banyak terjatuh dan terluka aku tetap di sini..
Sentiasa berkata "LUPAKAN", "ABAIKAN", "TAKPA"..
Namun hakikatnya hati terlalu perit..

Aku percaya takdir yang Allah susun..
Tak mungkin pahit akan selamanya pahit..
Dan sedih tak selamanya akan sedih..

Sebuah kehidupan itu adakalanya pahit..
Dan adakalanya manis..
Tetapi sepahit manapun, senyumlah..
Kerna suatu saat pasti ada gembira yang menanti..

Belajar dari setiap apa yang aku lalui..
Dalam suka dan duka,..Syukurilah..
Sentiasa redha dengan segala kemungkinan..

Semoga ketenangan dan kedamaian jiwa meniti menemani diriku..
TABAHLAH WAHAI HATI...

-BICARA HATI-






Saturday, 10 August 2019

MELANGKAH


Image result for terus melangkah pic

Kehidupan ini terdiri dari banyak pilihan..
Ada yang baik, ada yang buruk..
Jangan larut dalam penyesalan..
Perubahan itu pasti datang & pergi perlahan-lahan..

Jangan terlalu memaksa untuk sebuah keadaan,
Jalani sahaja dengan penuh kepasrahan..
Menapaki kehidupan selangkah demi selangkah,..
Sambil bersyukur mengharapkan sebuah berkah..

Berhasil dan gagal itu merupakan satu paket..
Semuanya hanyalah untuk ujian hidup,..
Tetaplah optimis jangan buat hati menjadi redup..
Hidup ini terlalu singkat untuk sebuah penyesalan...

Keluarlah dari lembah kebodohan..
Tanamkan kesadaran untuk sebuah perubahan..
Buktikan diri, tunjukkan potensi..
Jangan pernah terjebak dalam halusinasi..

Satu lagu dapat menghidupan suasana..
Satu bunga dapat membangunkan sebuah mimpi..
Kumpulan pohon hiasi hutan-hutan..
Dan burung-burung nyanyikan simfoni kehidupan..

Satu senyuman tanda persahabatan..
Satu tepukan tangan tanda kedekatan hati..
Satu bintang bersinar hiasi malam hari..
Satu kata tentukan sebuah erti..

Setiap perjalanan diawali dari satu langkah..
Setiap doa diawali oleh satu kata..
Setiap semangat diawali dari sebuah harapan..
Setiap kehangatan diawali dengan sentuhan..

Semuanya ada pada diri kita..
Semuanya kita yang tentukan..
Semuanya kerena kesadaran kita..
Satukan tekad untuk sebuah perubahan..


-BICARA HATI-




Thursday, 8 August 2019

PERASAAN DALAM HATI TIADA SIAPA YANG MENGERTI..

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Tatkala melihat seseorang tersenyum, apakah dia benar-benar gembira?
Tatkala melihat seseorang menangis, adakah itu bererti dia sedang bersedih?

Tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mana hati seseorang..
Adakalanya kita sendiri tidak dapat memahami apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati..
Yang nyata, apa yang terlihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati seseorang..
Bukan bererti mahu hipokrit, tetapi adakalanya orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya yang kita rasakan saat itu...

Andai BAHAGIA, biarlah hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu..kerna bahagia itu terlalu banyak cabangnya..

Jika BERSEDIH, biarlah kita bersedih bersendirian,..tidak perlu mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuatkan kita bersedih..

Ketika HATI MERASA JENGKEL,..berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata agar tiada yang tersalah tafsir..

Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri..

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.."

Sering bermain di minda,..waktu ini, di suatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum di setiap saat..
Terasa seperti ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang diharapkan selama ini..
Tersenyum bila membayangkan orang-orang disekeliling memberi sepenuh perhatian dengan ikhlas..
Betapa diri serta hati ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita...

Tetapi realitinya...
Di sini ada hati yang terluka, terguris serta terasa..sedih kerana sikap orang-orang disekeliling..

Tahukan mereka bahawa ada hati yang sedang sakit di saat mereka sedang hebat mencoretkan kata-kata!!..
Tahukah mereka..bahawa ada hati yang sedang menangis ketika mereka sedang hebat berbicara!!..
Tahukah mereka bahawa ada hati yang semakin jauh pergi ketika mereka sedang tersenyum dan ketawa!!..

Sejujurnya, Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu..
Senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan..
Tidak ada yang tahu bahawa di sebalik apa yang mereka lihat samada dari mimik wajah mahupun tingkah laku kita, sebenarnya kita sedang terluka...
Tiada siapa juga yang tahu bahawa kita ingin menangis di saat itu..

Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan kesemua rasa dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan lara hati ini..

"Subhanallah walhamdulillah walaiilahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah"
rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir, menggetarkan hati yang sedang dipupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata..

YA ALLAH..
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb..

Moga Engkau kuatkan aku untuk menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan,..Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepadaku..

Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati ini, maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam landasan kebenaran-Mu..Amin Allahhumma..

Amin...



-RAHSIA HATI-




Wednesday, 7 August 2019

PAHITNYA KEHIDUPAN

Pahit getirnya kehidupan telah banyak aku lalui,
Dalam setiap hembusan nafas dan deraian air mata..
Semua itu telah melukiskan luka tersendiri dalam ruang di hati ini..
Kecewa, sakit, menahan setiap luka..
Goresan itu telah melukai batin yang sudah cukup tersiksa ini..
Dan semakin lama ianya membuatku terasa semakin sakit dan sakit..

Kini ku telah dirambah oleh keterasingan hidup dan kesengsaraannya,
Semakin hari semangatku kian patah..
Senyumanku kian pudar,..
Tangisku kian meringis..
Kerna aku telah terjerat dalam kehidupan yang semu..
Aku terjatuh di sebuah jurang kegelapan..
Tersesat dalam jalan, jalan yang tiada penghujungnya..
Ku ibarat tenggelam di tengah lautan tak bertepi..

Dingin dan sunyinya malam selalu mengintaiku..
Dalam tangis manis pahitnya hidup, membuatku bimbang dan resah..
Aku benar-benar terpuruk dalam keterpurukan yang panjang..
Kesedihan itu memenuhi setiap anganku!!..

Pikiranku dipenuhi awan mendung yang gelap..
Semakin lama semakin ku ingin menjauh..
Pergi dan lari membawa setiap luka dan kecewa..

Namun aku tak mahu terlalu lama dijajah oleh rasa pilu..
Kerena rasa itu telah menghancurkan harapan..
Kini aku telah didera oleh dinginnya angin malam..

Kepahitan itu terasa seperti menjalar ke setiap urat sarafku..
Menusuk ragaku, aku dilanda ketakutan..
Kegelapan itu semakin mencekam..

Kini aku benar-benar merasakan pahitnya hidup!!..
Sendiri dalam sebuah keterasingan yang menghidupkan sejuta luka dan duka..

Aku selalu didudukan oleh bayangan dunia kegelapan..
Bayangan itu selalu melayang-layang di benak ini..
Mengiringi setiap langkah dan detak jantung..
Aku terlalu lemah untuk segalanya..

Aku merasakan tabir kehidupan ini,..
Alunan nada sendu sering berdendang..
Tatapan kebencian selalu membayangiku..dalam tangis kesunyian, kesendirian dan kesedihanku..
Segala yang bernama KEINDAHAN telah meniggalkanku dalam mengharungi kehidupan..

Kini..aku telah kehilangan.. 

-RAHSIA HATI-