Hari ni kita sambung pasal ...ππ
ENDOSKOPI atau KAMERA MASUK MELALUI MULUT SAMPAI KE PERUT
Akhirnya, tarikh temujanji untuk ujian Endoskopi tiba. Selepas berbincang dan diberikan penerangan, sis di minta menunggu di luar bilik endoskopi..Laju oiii jantung sis..macam-macam sis fikir..haha
Bila nama sis dipanggil sis rasa nk pitam pun ada..haha..Bagi nak hilangkan rasa berdebar-debar, sis sempat le berbual dengan salah seorang doktor yang ada kat dalam bilik tu…katanya proses
ini tak lama pun cuma sekitar 5 minit jerrr. "Tak sakit pun"..katanya laaaa…
Sementara menunggu doktor, sis sempat jeling-jeling kat skrin/ mesin tepi
sis…melilau mata sis oiii..takut punya pasal..tetiba sis terpandang “cable”
yang ada atas meja.. boleh tahan besar jugak saiz "cable" kamera, besar
jari kelinking. OMG..benda tu la yang nak masuk dalam perut sis jap lagi..Dalam
kepala dah mula fikir macam-macam..
It’s time..jeng..jeng..
Masa doktor nak sembur ubat bius, sis sempat lagi tanya
doktor “Kalau saya buat lain kali boleh tak?..” “tak pun bagi saya pergi tandas
dulu”….hahaha…satu bilik gelak..huhu.. gelak punya pasal sampai 2 kali doktor
tak jadi nk sembur ubat bius…dia kata bila pandang muka sis jew, rasa nak gelak..ππ
Disebabkan gelak-gelak punya pasal, doktor
bagi sis 5 minit untuk rest and tenangkan fikirkan..hahaha..sampai giutu sekali
you all..
Habis 5 minit, doktor tarik kerusi sebelah katil sis untuk
mulakan proses..sis baru nak buka mulat tetiba doktor kata “awak jangan cakap
apa-apa..kang saya gelak lagi…rileks jew”..hahaha..
Sebelum memulakan proses “endoskopi”, doktor menyembur ubat bius kedalam mulut dan
menyuruh sis telan. Selang beberapa
saat, mulut sis mula rasa kebas…sis diminta baring secara mengiring…so bermula
la proses “endoskopi”..
Doktor memasukkan cabel dan menyuruh sis telan..telan
macam sis telan air liur katanya..
Bila sis telan, terasa cabel tu masuk dalam
perut…hahaha..π
π
Gambar: Kamera
Endoskopi
Gambar: Proses Endoskopi rentas bagaimana kamera dimasukkan melalui mulut hingga ke perut
πππ
πππ
Hokeyyy…fine !!..sis sedar tau masa proses tu..telinga
sis boleh dengar apa yang doktor-doktor tengah bincangkan..huhu
Sepanjang proses tu sis asyik nak muntah…tapi muntah air
liur jew la…dalam kepala asyik fikir “bila nak siap..bila nak
siap..”…hahaha..sis rasa lama gila..
Tetiba doktor kata “DONE”…fuhhhh lega..
Dengan selamba jew doktor tarik keluar cabel tadi…macam
tarik tali tu..huhu..
Lepas proses tu, tekak sis ada rasa perit dan pedih
sikit..mungkin kesan daripada kabel kamera yang melalui tekak tadi. Tapi takde
lah sakit sangat. Apa pun sis bersyukur pada Allah kerana semuanya berjalan
dengan lancar.
Doktor menerangkan pada sis punca-punca terjadinya Batu Karang Hempedu (BKH) tu dan cara penyelesaiannya adalah dengan kaedah “PEMBEDAHAN”…
OMG…operation??...tak terlintas di fikiran sis sampai ke
tahap tu sekali..Tapi disebabkan sis takde pilihan, sis redho jew la..
Doktor refer kes sis ke bahagian Surgical Out Patient
Department (SOPD) ..atau senang nak faham Klinik Pembedahan .. Setelah berbincang,
doktor menetapkan tarikh untuk membuat pembedahan.. Sementara menanti tarikh pembedahan,
sis dibekalkan dengan beberapa jenis ubat yang lebih "power". Ubat
tahan sakit jew la..takde ubat lain..sebab menurut kata doktor, Batu Karang Hempedu (BKH) ni takde
ubat..BKDH ni ibarat penyakit yang pasang surut..datang tetiba, pergi pun
tetiba..so cover dengan ubat tahan sakit jew..
Doktor bagi tarikh 6 bulan dari hari sis buat
endoskopi…bila la kerajaan..faham-faham jew la..Tapi bila sampai tarikh untuk
buat pembedahan tu,….jeng..jeng…Sis terpaksa tunda disebabkan sis pregnant .... hahaha…
Syukur..Allah itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui..Alhamdulilah sepanjang sis pregnant, tak pernah sekalipun sis sakit.
Hokeyyyy...sila klik π PART 4 untuk penutup cerita ni...hahaha





No comments:
Post a Comment