Sunday, 20 October 2019

MISI MENCARI SINKI/ BASIN

Assalamualaikum...

Hari ni sis nak bercerita pula pasal Sinki/ Basin..

Sejujurnya..kiteorang tak banyak sangat masa nak pergi mencari satu kedai ke satu kedai..Disebabkan tak banyak masa, tambah-tambah pulak ada anak kecil yang sedang hyper,so kitaorang pendekkan cerita main "google" jurrrr..bukan apa takut nanti bukan  letih mencari tapi letih mengejar anak..hahahaha..Sebenarnya faktor paling utama sebab ada penyakit M. A.L.A.S….hehehehe..😆😅

Lepas berminggu-minggu berbincang, google sana google sini, akhirnya kiteorang decide pegi BIG BATCH BATHROOM & KITCHEN SPECIALIST dekat Puchong..Itupun adik ipar sis yang suggest..orang kata dekat Puchong ni semua benda ada..nak dengan tak nak jew..janji ada RM…gituuuuu….

kire ok juga lah kat sini.. banyak pilihan ..tapi harga tak payah cerita la…tangkap nangis..huhu




I show to you all the best sale girl ni nama dia Miss Pauline..I like this girl because she is very humble, cool and always smile..rajin layan pelanggan...tanya jew apa semua dia akan jawab..rasanya 4 jam juga la kitaorang dalam kedai tu...hehehe. 👉👉👉




Actually , kitaorang nak cari sinki/ basin untuk diletakkan di antara ruangtamu tengah ke laluan dapur..(macam dalam pic sebelah ni).. 👉👉👉

Kalau boleh nak cari yang cantik dan lain yang lain…Niat hati nak cari yang kaca atau pun yang ala-ala seramik..tapi takde pulak kat sini..


👈👈👈 First masuk jew kedai ni, dari jauh lagi sis dah nampak this colour...BLUE..👄👄






👈👈👈 Jatuh cinta terus..tapi malangnya en. Suami REJECT…huhuhu…


So bermulalah pencarian kami...
Banyak sangat pilihan…tengok harga pun sampai tak terkata-kata..


 

Yang ni harga di RM3224…sinki sahaja tau tak termasuk Tap pipe air…huhuhu



HARGA???? 

haaa cer teka?  😅😅
Yang 2 ni harga dia berbelas ribu oiiiii…rasa kalau basuh tangan boleh  jadi wangi agaknya…hahahaha…Acuatlly…dua-dua sinki ni import dari luar..sebab tu harga dia mahal..



Yang ni pulak, harga dia biasa-biasa jurrr..tapi design dia lebih kurang macam dalam bilik air master bedroom sis..
👇👇👇


Accuatlly, kat sini takde design yang macam sis nak..tapi disebabkan en Suami macam bersungguh-sungguh tanya itu, tanya ini..so sis layankan jew la…

Walaupun banyak design yang ala-ala hotel, tapi impress jugak la sebab banyak pilihan... harga jew yang tak berapa nak menarik..huhhuh..

Antara design-design yang ada dekat sini..

 









👈👈👈 Acuatlly…ini adalah pilihan pertama en. Suami..tapi sis REJECT… tak cantik langsung…hahhaha




👈👈👈 Then..kitaorang pilih yang ni…tapi 10 kali fikir nak ke tak…hahaha



Tapi selepas pusing sana, pusing sini..tengok sana, tengok sini, kitaorang masih tak boleh nak buat pilihan…sel-sel otak tak berhubung dengan baik…hahaha…So, we all duduk berbincang seketika sambal minum-minum…siap hidang air hokeyyyyyy…



Akhirnya,…dengan confident en. Suami kata dia pilih yang ini...simple..katanya la.. tapi sis tengok harga dia tak berapa nak simple pun…hahaha

👇👇👇

  

Walaupon biasa-biasa jurrrr tapi masih ok lah..takde la nampak pelik-pelik sangat..
Yang ni harga dia RM2,588..tak termasuk Tap pipe air hokeyyyy…kalau harga completed :-

So untuk Tap pipe air sis pilih yang ni pulak harga dia RM668

👇👇👇


Lepas dah confirm pilih Basin, so time to cari paip sinki dapur pulak…kitaorang decide cari kat sini jew memandangkan kat luar dah gelap nak hujan…

Banyak jugak la pilihan yang ada..








👈👈👈Sis jatuh hati dengan yang Gold ni… simple..tapi cantik…memikat oiiiii…ala-ala dapur orang puteh…gituuuu..harga dia tak mahal pun dalam RM290 jurrrrr…



Bila dah duduk dalam ni lelama, macam biasa le…ada jew benda yang nak beli…nak itu, nak ini…hehehe…

Dipendekkan cerita, terrrrr beli la ….terrrrrr tauuuuu… bukan sengaja…hahaha

 

 

terrrrrr tauuuuu…bukan sengaja…hahaha

So, senarai barang dan harga yang kitaorang beli kat sini

Pillar Sink Mixer      RM290
Soap Dispenser         RM 78
Soap Dish Holder       RM48
Robe Hook              RM50
Glass Shelf            RM120
Towel Ring             RM80                   
Basin Cabinet With Marble Top RM2,588
Above Counter Basin Mixer RM668
Basin Waste            RM40
PVC Bottle Trap        RM8

TOTAL  : RM3,970


Hokeyyy...tu jer tuk kali ni..settle part Basin, tap pipe untuk sinki kat dapur...termasuklah benda-benda yang terrrrr beli …haha

INFO :-


Pada mereka-mereka yang sedang mencari sinki/ basin, we all syorkan cari dekat sini..banyak diskaun tau...hehehe..Sure tak rugi..

Bagi memudahkan you all kalau nak cari kedai ni, sis share alamatnya dekat sini...

BIG BATH SDN BHD
No. 12, Jalan Puteri 1/2,
Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.


Tel : 03-8060 1566/ 03-8060 1577

Next kita sambung bab MISI MENCARI LAMPU lak

-eND-


       Idea & Penulisan Asal 💓💓💓      

No comments:

Post a Comment