Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Tatkala melihat seseorang tersenyum, apakah dia benar-benar gembira?
Tatkala melihat seseorang menangis, adakah itu bererti dia sedang bersedih?
Tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mana hati seseorang..
Adakalanya kita sendiri tidak dapat memahami apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati..
Yang nyata, apa yang terlihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati seseorang..
Bukan bererti mahu hipokrit, tetapi adakalanya orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya yang kita rasakan saat itu...
Andai BAHAGIA, biarlah hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu..kerna bahagia itu terlalu banyak cabangnya..
Jika BERSEDIH, biarlah kita bersedih bersendirian,..tidak perlu mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuatkan kita bersedih..
Ketika HATI MERASA JENGKEL,..berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata agar tiada yang tersalah tafsir..
Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri..
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.."
Sering bermain di minda,..waktu ini, di suatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah-olah ia ingin tersenyum di setiap saat..
Terasa seperti ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang diharapkan selama ini..
Tersenyum bila membayangkan orang-orang disekeliling memberi sepenuh perhatian dengan ikhlas..
Betapa diri serta hati ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita...
Tetapi realitinya...
Di sini ada hati yang terluka, terguris serta terasa..sedih kerana sikap orang-orang disekeliling..
Tahukan mereka bahawa ada hati yang sedang sakit di saat mereka sedang hebat mencoretkan kata-kata!!..
Tahukah mereka..bahawa ada hati yang sedang menangis ketika mereka sedang hebat berbicara!!..
Tahukah mereka bahawa ada hati yang semakin jauh pergi ketika mereka sedang tersenyum dan ketawa!!..
Sejujurnya, Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu..
Senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan..
Tidak ada yang tahu bahawa di sebalik apa yang mereka lihat samada dari mimik wajah mahupun tingkah laku kita, sebenarnya kita sedang terluka...
Tiada siapa juga yang tahu bahawa kita ingin menangis di saat itu..
Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan kesemua rasa dalam hati, hanya Allah pengubat sakit dan lara hati ini..
"Subhanallah walhamdulillah walaiilahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah"
rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir, menggetarkan hati yang sedang dipupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata..
YA ALLAH..
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepada-Mu Ya Rabb..
Moga Engkau kuatkan aku untuk menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan,..Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepadaku..
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati ini, maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam landasan kebenaran-Mu..Amin Allahhumma..
Amin...

No comments:
Post a Comment