Monday, 23 September 2019

PART 2 - BARU KARANG HEMPEDU

Assalamualaikum...

HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN PAHANG (HTAA)

Bermulalah episod di HTAA..

First datang diaorg terus suruh sis ke bahagian Pakar… macam biasa la kena buat check-up sikit, bagi detail semua…sesi soal jawab dengan doktor…then baru diaorang bagi tarikh appointment ..

Bila dah dapat appointment, kenalah buat beberapa test..

Antara test-test yang sis buat.. 👇👇

1)      Ambil Darah/ Ujian darah.

Image result for ambil darah

Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.


2)      X-Ray Abdomen
Image result for x ray abdomen

Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.


3)      Ultrasound  

Image result for ultrasound bunyi untuk kesan penyakit

Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.


4)      MRI/ CT Scan Abdomen

Related image

Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan.  Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.


Keputusan dari kesemua ujian-ujian yang telah dijalankan, doktor mengesahkan sis mengidap “BATU KARANG DALAM HEMPEDU (BKH)”.
Waktu sis dapat berita tu, sis macam percaya dan tak percaya..iyew la.. tak sangka sampai ke tahap tu penyakit sis..ingatkan sakit perut biasa-biasa jurrrr...

      Apa tu PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU..atau BKH ??
     (sis google hokeyyyy)..

Rajah: Suatu ilustrasi yang menunjukkan pembentukan batu karang hempedu di dua bahagian yang berbeza; dalam pundi hempedu dan 
duktus hempedu sesama.


"Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang".

          APA ITU FUNGSI PUNDI HEMPEDU DAN APAKAH FUNGSINYA?

               Anatomi hati, pundi hempedu dan duodenum


“Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu...
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu”


Then bagi dapatkan ketepatan kedudukan Batu Karang tersebut, doktor menyarankan sis buat ujian Endoskopi. 


          ENDOSKOPI???...Apa tu ENDOSKOPI?? ….jeng..jeng…

😖OMG ada lagi test..Lain macam bunyi…dah macam orang mintak air kopi jewwwww…hahahaha

haaaa...klu korang nak tahu, dalam banyak-banyak test, yang ni la yang paling menggerikan...hihihi

....Bersambung lagi...sila klik 👉 PART 3 untuk cerita selanjutnya..

SHARING IS CARING
-Lovely Gurlz-

No comments:

Post a Comment