kali ini sis nak kongsi sikit tentang pengalaman sis mengidap
Batu Karang Hempedu.. (sis singkatkan jadi BKH)...panjang bebenor..so kita
pendekkan jew senang nak taip…hehehe..
Sebelum disahkan mengidap BKH sis dah sakit selama 7
tahun..kalau ikut pengiraan sis, masa tu sis berumur belasan tahun..dalam 15
tahun gitu la..
Bermulanya dari sakit perut. Mula-mula ingat takde la jadi masalah besar. Yela,..semua
orang pernah ataupun selalu sakit perut. Dengan confiden sis set dalam kepala "Standard
la kan"…Letak minyak angin, makan ubat..pastu OK la..hehehe
Tapi makin lama makin
berlanjutan..Sis cuba beberapa cara untuk mengubati sakit perut ni dengan
menggosok minyak angin,bertunku ala2 cara orang dedulu dan sebagainya. Google
sana, google sini…orang kata kurangkan makan pedas, makanan berminyak, makan
ikut waktu, macam-macam la sis dah buat..tapi takde perubahan pun..makin teruk
ada le.
Bila dah teruk sis mula le start ke hulu ke hilir, klinik
sana klinik sini, dari swasta pegi kerajaan…semua la..Doktor suspek sis gastrik
and bagi beberapa jenis ubat untuk redakan sakit..
Ubat-ubat yang doktor pernah bekalkan utk sis..
(sisebabkan sis tengah rajin, so sis google sekali fungsi setiap ubat..)
1. UBAT GASTRIK
Berfungsi sebagai “peneutral”
asid gastrik untuk rawatan tindakan segera, apabila dinding perut dineutralkan
dari asid, ini dapat mengurangkan sedikit rasa sakit di bahagian berkenaan.
Antara contoh antasid yang biasa digunakan adalah “Magnesium Trisilicate” (Susu
Magnesia). Ubat ini walaubagaimanapun harus digunakan ketika sakit sahaja dan
tidak sesuai digunakan untuk pencegahan kerana ia dikatakan mampu membuatkan
tulang seseorang itu reput (osteoporosis) jika diambil dengan kerap untuk
tempoh yang lama.
2. ANTASID
Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah di
rembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa
yang telah radang, oleh sebab itu, perut kita rasa. Kalau dah pedih perut,
ambil antasid. Ini ubat pelega. Boleh juga ambil sebelum makan, tak payah
tunggu selepas makan makanan. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT)
3. CHARCOAL 250mg/
UBAT ANGIN
Semasa pengambilan ubat ini, elakan makan/ minum serentak
dengan ubat.
Charcoal 250mg boleh menyebabkan mulut kering, kerap/berlebihan
berasa haus, kulit jadi kedut, kadar pembuangan air kecil menurun, berasa
pening atau sakit kepala ringan.
4. DICLOFENAC SODIUM/ PONSTON 50mg
Diclofenac
digunakan untuk meredakan rasa sakit,
meredakan nyeri dan peradangan.
5. TRAMADOL/ PONSTON 50mg
Tramadol merupakan salah satu ubat tahan sakit
(painkiller). Ia dikategorikan sbg 'narcotic-like pain reliever'. Ia digunakan
utk merawat kesakitan yang dikelaskan sebagai tahap sederhana hingga
teruk/parah (moderate to severe pain)
Tramadol boleh menyebabkan mengantuk dan pening. Jika
terjejas, jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang
memerlukan anda supaya berjaga.
6. MEFENAMIC ACID/ PONSTAN 500mg
Ia digunakan sebagai salah
satu ubat tahan sakit dan juga anti-keradangan. Ia sesuai untuk merawat sakit
yang disebabkan keradangan seperti gout, luka, keradangan sendi seperti
rheumatoid arthritis dan lain-lain lagi
Ia tidak boleh digunakan pada
jangka masa yang panjang. Jika perlu menggunakan ubat tahan sakit selalu,
pesakit perlulah berjumpa dengan doktor supaya rawatan sakit tersebut dapat
dilakukan dengan betul.
DOS: 500mg 3 kali sehari untuk
orang dewasa
Cara guna: Ia perlu diambil
berserta dengan makanan kerana ia boleh menyebabkan masalah gastrik
7. MEFENAMIC ACID/ PONSTAN 250mg
Fungsi dia lebih kurang macam MEFENAMIC ACID/ PONSTAN 500mg..cuma dos jew yang kurang..tapi yang ni lebih kepada untuk yang sakit kepala.
Rajin kannnn..sis google..hahaha
Kat atas tu semua jenis-jenis ubat yang doktor pernah bagi sis..
hokeyyy...berbalik pada part tadi..
Yang paling teruk sekali bila sis dah mula keluar masuk, keluar masuk hospital…dalam sebulan 2 atau 3 kali sis
masuk wad…hahaha..sakit tak mengira waktu..makan sakit, tak makan sakit..minum
air pun sakit…emmm gastrik kebendannya kalau gitu…😢
Sampai satu tahap husband sis dah tak boleh tahan sebab
tengok sis asyik sakit jew..dia pun terpaksa selalu ambik cuti untuk jaga
sis..husband sis dipendekkan cerita, husband sis tanya pendapat doktor sekiranya kami nak bawa
masalah ni ke pakar..Alhamdulilah..doktor setuju..Then doktor ada bagi cadangan untuk menjalani prosedur perubatan diagnostic supaya dapat membuat pemeriksaan
terperinci..
Setelah berbincang dengan doktor, kami memilih untuk pergi
ke HTAA iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Doktor mengaturkan temujanji untuk sis dengan pihak Klinik Pakar dan
menulis sedikit cacatan untuk sis serahkan kepada Doktor di Klinik Pakar nanti,
sebagai rujukan pihak HTAA.
Untuk story selanjutnya, sila klik 👉 PART 2








Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!
ReplyDeleteSelamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!
Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu Tanpa Pembedahan!
Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!
Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!
Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!
Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!
Tel No: 01159999768
WhatsApp: 01159999768
Halaman FB: Myrogen