SAHABAT..
Nama
yang cukup senang didengar..bila ada yang kata kita adalah
sahabat..kita pasti
rasa diri ini special sangat kan. Tapi dalam bersahabat ni ada macam-macam
ragam...Sepanjang perjalanan 40 tahun, sis dah jumpa banyak kenalan yang menganggap diri mereka ini
adalah sahabat..Tapi dalam banyak-banyak ini, ada yang "menghappykan" dan ada juga yang "menyedihkan' serta "menyakitkan" ..
Bila kenang balik..ragam berkawan ni macam-macam...
* Ada sahabat kata akan sentiasa di sisimu susah atau senang..tapi
aleh-aleh bila kita susah haram muka dia wujud..macam chips more pun der..yer
lah..time kita susah dia hilang..lepas tu bila kita senang muncul lak dia dari
celah mana aku pun tak pasti..
* Ada pula sahabat yang jenis talam 2,3 muka..depan kita punnnnyaaaaaaalah
baik..tapi bila kat belakang kita nii...nauzubillah..dia punya kutuk kita tak
hingat dunia..tapi jenis ni aku selalunya buat bodo jaaa..bila tau aku akan
jarak-jarak kan persahabatan itu.
* Sahabat selalu di anggap orang yang tahu simpan rahsia kita..kira boleh harap
lah..tapi ada pula yang bila kita cerita masalah pada dia..aleh-aleh dia
hebahkan pula pada orang lain..silap hari bulan pada musuh kita pun dia akan
story beb..Aku penah juga jumpa jenis ni..u all tau per alasan dia bagi dekat
aku..dia kata " laaaa..tak tau lak yang tu tak leh cerita kat orang"
kalau u all dalam situasi ku itu..apa akan u all lakukan???
* Ada juga sahabat yang aku jumpa dia ni jenis ambil kesempatan. Pantang kita
kata nak belanja atau bawa jenjalan..lajuuuuuuuuuuu ja dia ON..tapi kalau kita
kata jom gi shopping but tumpang keta ko..conferm dia akan bagi alasan sejuta
kat u all..Tapi kalau insan begini masih boleh maafkan...paling sadis pun buat tak kesah jurrr tentang kewujudan manusia cam gini..hahaha
* Sahabat ni ada juga yang perangainya dalam diam tikam kita dari
belakang..Yang ni rasa paling sakit sangat-sangat...kalau ada pisau dah
lama tikam-tikam n cincang-cincang dia..bukan apa..kita anggap dia adalah
sahabat yang baik..tapi kalau perangai macam ni baik tak yah jadi
sahabat..betul tak??
* Ada pula sahabat yang mana dia ni baik gak..tapiiiiiiii..suka buat
harta kita seperti hartanya..kiranya "harta ku harta mu jua".. kalau tak minta memang harapan la nak pulangkan..
* Walaupun banyak temui adalah yang menyakitkan tapi masih ada juga sahabat
yang benar-benar bernama sahabat. Dialah insan yang sentiasa berada di sisi sis tika susah dan senang..dia jugalah pemberi dorongan buat sis untuk hadapi setiap
ujian dan selesa lalui kehidupan bersama dan boleh terima baik dan
buruk sis..inilah yang sis fahami insan bernama sahabat..
Walaupun dah temui beribu-ribu mahupun berjuta-juta insan bernama kawan atau
sahabat, dan adakalanya mereka tak memberi kebahagiaan ..tapi sis tetap hargai
mereka..Cuma kita kena sentiasa yakin dalam keburukan pasti ada kebaikan..Mungkin golongan yang
tak tau hargai erti sahabat ini punya masalah sosialnya sendiri..
Buat teman
blog..u all pun aku kira sebagai sahabat..sentiasa berada di sisi walaupun tak
mengenali...
#copyandpastejurrr..😜😜


sila folo aku blk ☺️
ReplyDelete😒😒😒
Delete